BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 12, 2009

Watak-watak utama kat RLKT


Tu gambar Encik Zali manakala Pak Wahab dan hHassan Bulu ada kat posting yang baru lepas.

Saya sebut ni bukan ikut ranking tapi ikut teringat je. Yang pertama saya teringat ialah Pak Wahab pase yang meriuhkan sekolah dia ni le. Pak Wahab ni lembut orangnya tapi mulut riuh. tapi dia le happening kat sekolah kalau ada dia. Kalau di ketawa sampai ngekek seluruh sekolah le dengar. tapi yang yang saya selalu teringat kat dia ni pasal handal berpantun sedangkan d beliau hanya sekadar Tukang Kebun (panggilan orang dedulu). Biasanya kat kantin atau kat pejabat le saya berbalas pantun dengan beliau. Nasib baik le saya guru bahasa Melayu, jadi tak ada le masalah menjawab dan menjual tu. Tapi bab mengena saya handal Pak Wahab ni.

Watak kedua Encik Sharif PAR ke PRA saya keliru bab jawatan ni. Dia duduk serumah dengan kami (rumah guru berkembar). paling tinggi dan tegap orangnya. Dia ni berjiwa sentimental, tu yang saya hairan tu. Pasal dengar-dengar dah jadi Polis kat tempat Pilihanraya baru baru ni, bagan Pinang.Bab kerja kat pejabat smart, tu yang Kak Lebo suka tu. Kali terakhir jumpa beliau, beliau datang kembali kat Felda masa musim Raya dan beliau terus datang ke rumah Tok isteri saya dan bertemulah dengan beliau, masa tu dah jadi Polis dah. Lepas tu lost contact, dulu mana ada handphone, kalau ada handphone tak le lost kan.

Kak Lebo ni Pembantu tadbir kat pejabat sekolah tu la. Suaminya Guru Besar sekolah rendah RLKT Cikgu Mat (Smart Chinese Look). Berumag di Pulau Mentimun dekat dengan tempat saya accident dulu tu. Kebetulan semasa beliau kat situ ada adik beliau pun Mengajar kat situ. Cikgu Rozi Puteh Ismail namanya pernah jadi PPD di Pejabat Pelajaran Kuala Kangsar dan selepas itu ke JPN Perak balik rasanya. Rasa saya le, bila saya ke pejabat tak pernah saya tengok dia berdiri, tentu tengah duduk kat takhta beliau.Orang Perak kata ngonyen nyemedang.

Tu belum Encik Zali yang sentiasa bergaya, Pak Yusof yang ada anak dara jelita bernama Hawa dan Encik Hassan Bulu (ni orang Felda panggil) yang masih gagah bermain bola dengan team kelab Guru kami.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me