BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 13, 2009

Pengaruh Sepupu.

Saya ada sepupu tapi umur dia patut panggil Pak Cik. Masa arwah ayah ada mereka selalu datang ke rumah. Anak saudara ayah tentu le mereka datangkan. Tetapi selepas ayah meninggal tiada le mereka datang lagi, biasa le kan. Saya cerita pasal sepupu tu pasal dia punya isteri comel dan isterinya ialah pelajar dia sendiri. Kalau dia boleh takkan saya tak boleh kan.

Dah ketentuan Ilahi, pada hujung tahun 1985 datang le pelajar darjah 6 mendaftar kat SM RLKT Lasah. Dari mata turun je hati agaknya, bila terpandang seorang pelajar (tentu perempuan) hati tetiba bergelora dan hati terus merencana inilah bakal bini aku. Sejak dari hari tu tekad hati makin lama maikn kuat, tambahan pula saya sendiri yang mengajarnya semasa tingkatan satu. Jadi saya selalu menunjukkan isyarat yang paling halus yang saya sukakannya. Orang perempuan ni kan boleh mengesan kalau seorang lelaki menyukai mereka.

Jadi sepanjang tahun saya menggunakan bahasa isyarat (ni saya saja yang ngerti)agar dia sentiasa menyedari keprihatinan saya. Pendekkan cerita (nak panjang kene belanja kat JIM BOY ke Uncle JIm ke) hujung tahun saya menghantar surat kepada pra bini saya dan menyatakan hasrat hati dengan berterus terang dan dalam bahasa yang paling tersusun dan terhalus dan segala ter yang mungkin..

Lama juga menunggu keputusan pra bini saya dan akhirnya setelah bertanya kepada Tok nya baru beliau bersetuju dan dengan hati terbuka menerima kasih saya, Insyallah. Alhamdulilah melompat hati saya kegembiraan. Cerita berikutnya sila imut blog saya...... bye.

1 comment:

h a p r a q said...

hehehe...i still remember those days..masa pergi berkelah di rumah kak wan rohani, mazura malu2 nak bergambar ngan cikgu...i still keep the photo..btw..thanks cikgu atas ajaran cikgu selama ni...

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me