BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 4, 2010

Wong Fei Hung.... maklumat menarik


Maklumat menari untuk tatapan kita bersama.
Saya bagi link kat sini.
http://www.facebook.com/home.php?#!/?page=1&sk=updates&tid=1370142454853

Thursday, May 6, 2010

Sajak Arwah Cikgu Azam, mesti baca

Saya ditemui oleh Cikgu Zawawi SMK Bukit Mercu pagi tadi dan memberikan maklumat ini. Iaitu dalam blog Cikgu Azam beliau telah menulis sajak seolah-olah beliau tahu bahawa beliau akan pergi yang ditulis pada 4 Sept, 2010 jam 10.01agi.

Esok Bila Ayah Pergi

Anak-anak ayah

Dengar betu-betul pesan ayah

Lepas ni tak boleh cakap dah
Apabila kelu mulut dan lidah

Sekiranya esok ayah pegi
Jangan le anak ayah tangisi
Tapi kalau sedih di sanubari
Itu tanda anak ayah tetap dihati

Nabi dulupun sedih juga
Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga
Tapi jangan nangis lama sangat
Banyak benda anak ayah kena buat

Sedih lama sangat ayah tak mahu
Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu
Ayah nak jumpa Dia
Ayah menyahut seruan Nya

Mula-mula sekali
Pasal solat sudahlah pasti
Kena buat setiap hari
Jangan abaikan walau sekali

Anak-anak ayah kena janji
Kena jaga diri sendiri
Ayah serahkan anak-anak pada Allah
Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah

Anak-anak ayah
Mama tu kena le dijaga
Waktu susah waktu selesa
Selama ni dia dah berjaga
Membesarkan kamu semua

Kata-kata mama jangan dilawan
Ayah tak de nak dibuat kawan
Lagi satu ayah nak pesan
Mama nak kahwin sila izinkan

Bila ayah dah pergi
Ayah dah tak de sapa-sapa
Kalau anak-anak ayah sudi
Doa-doakan ayah kat sana

Kalau anak-anak ayah simpati
Kirim-kirimlah fatihah
kalau ayah dekat dihati
Rajin-rajinlah bersedekah

Bukannya apa
Ayah dah tak de apa
Amal pun tak seberapa
Dosa yang bertimpa-timpa

Doa-doakanlah ayah
Semoga Allah tak marah
Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah
Soal jawab diharap mudah

Anak-anak ayah dah tahu dah
Ayah nak anak-anak ayah
Jadi hafiz dan hafizah
Jangan hampakan harapan ayah

Nanti bila ayah dah pergi
Anak-anak ayah jangan kelahi
Harta dunia ni macam daki
Semua orang boleh cari
Yang ada tu pakat le kongsi

Amalan setiap malam jangan dilupa
Surah Al Mulk Sejadah selalule baca
Solat malam diteruskan juga
Walau terpaksa bersengkang mata

Al quran dan Sunnah jadi panduan
Ayah ingatkan sebagai bekalan
Tinggalan oleh Rasul junjungan
Buat umat sepanjang zaman

Kawan-kawan ayah tolong beritahukan
Orang bawahan orang atasan
Segala silap tolong maafkan
Maklum le ayahkan Cuma insan

Hutang ayah tolong selesaikan
Guna duit ayah dalam simpanan
Yang baki tu bahagi2kan
Untuk yg hidup jadi bekalan

Ingat le anak-anak ayah nak kata
Pesan ni mesti dikota
Hidup jangan bersengketa
barulah kita tidak derita

Sekian saja pesanan ini
Untuk yang hidup dari yang mati
Ayah ni jangan dilupai
Lawatlah ayah jengukle sesekali

Di pusara ayah menanti
Amal sedikit temani diri
Wasiat ayah sila turuti
Supaya hidup bahagialah diri

p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..


Posted by AZAM KUALA KANGSAR at 10:01 AM 10 comments
Labels: TAZKIRAH Friday, September 4, 2009

Saturday, March 27, 2010

Cilok dari Surau Kampong

Best Dialog ni..

Sayangnya ianya hanya iklan.. carilah dalam internet

Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist”


Semoga bermunafaat. .


WAllahua3lam

Wassalam

Hizamri

1997, tahun yang meninggalkan seribu satu kenangan. Semester tiga yang dilalui di kampus Shah Alam membawa ribuan cabaran duniawi yang harus ditongkah. Jatuh bangun sebagai siswa dan manusia menjadi hidangan yang harus dijamah biarpun adakalanya menjerut tingkah dan batasan sabar di jiwa. Cuti perayaan yang mendatang seakan membuka ruang bernafas meninggalkan kabut dan serabut jiwa yang sangat mencengkam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan yang mencipta, memiliki dan memelihara sekelian alam. Jiwa yang bagai dicarik-carik dengan seribu satu masalah masih utuh berdiri bersandarkan kepada tiang Tauhid yang masih lagi tinggal memberikan harapan. Ujian bertali arus yang dilalui mematangkan dan mencorakkan kehidupan penulis hari demi hari.

Bosan menunggu keretapi untuk pulang ke kampung halaman diubat dengan menjamu mata melihat karenah manusia di Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini. Sedang hati mengelamun, penulis disapa oleh seorang gadis berbangsa Cina.

"Hello Encik… boleh saya tumpang tanya.. sekarang jam pukul berapa?" tanya gadis Cina tersebut fasih berbahasa melayu. Jika semuanya fasih dan menghormati bumi yang dipijak, tidak kisah bagi penulis berkongsi negara dengan yang setia. Betapa pribumi mengorbankan tanah semata-mata untuk memberikan yang saksama. Pilu melihatkan Orang Thai ada Tanah Thainya sendiri, sayu melihatkan orang India memiliki Indianya sendiri, orang Cina dengan Chinanya sendiri, Orang Inggeris dengan Englandnya sendiri tapi Tanah Melayu ini hanya pada keretapi. Apa boleh buat, Lord Reid sang ‘pribumi’

dengan enam orang ‘pribuminya’ sudah menetapkan. Terima sajalah. Semoga Malaysia ini aman dan sentosa dan Malay nya tidak disia-siakan.

"Amoi.. minta maaf la.. saya tak ada jam tangan la," jawab penulis sambil tersenyum bangga melihatkan gadis Cina yang masih muda tapi sangat fasih berbahasa Melayu.

"Apa pasal semua orang kat sini tak pakai jam ke..? Tadi saya tanya sorang pak cik kat situ, dia pun cakap dia tak pakai jam… bila tanya awak pun awak tak pakai jam juga?" balas gadis Cina tersebut sambil tersenyum.

"Apala awak ni…. Awak kata kat orang.. tapi awak sendiri pun tak pakai jam.." balas penulis.

Gadis Cina tersebut terus ketawa mendengar jawapan penulis.

"Tak pa amoi.. saya boleh tunjuk kat awak orang yang ada jam kat sini.. jom ikut saya…" sambung penulis lagi.

"Mana…?" tanya gadis Cina tersebut sambil mengikut langkah penulis.

"Haa… tu.. nampak tu.. kalau tak nampak jugak tak tahu la… haa.. ini jam KTM yang punya, kalau jam ni jatuh timpa kepala, dua kali jumaat lagi awak terus padam…" kata penulis sambil menunjuk ke arah jam besar yang tergantung di tepi landasan.

Melihat saja jam tersebut, gadis Cina tersebut terus ketawa.

"Sorry la.. tadi saya tak nampak la… terima kasih…" gadis Cina tersebut berlalu sambil melambaikan tangan dan tersenyum.

"Ok…. Sama-sama... ." jawab penulis kembali.

Lebih kurang jam 930 malam, keretapi pun sampai.

'Bagus sekali keretapi ni…tepat pada masanya.. tak memalukan nama Tanah Melayu yang dibawanya… biarkan kekal nama itu supaya akar tanah ni jelas dan sentiasa diperingati. ' bisik penulis dalam hati.

Sejurus menaiki keretapi yang dijadualkan bertolak pada pukul 1000 malam. Penulis mendapati gerabak dalam koc yang dinaiki telah pun penuh dengan penumpang yang seperti sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke kampung untuk berhari raya. Penulis ketika itu masih lagi seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan elektronik ITM (ditukar ke UiTM pada 1999).

Beg pakaian yang berat di samping gitar kapok yang digalas mencuri sedikit perhatian penumpang dalam koc tersebut. Mungkin penampilan yang agak selekeh dengan jeans koyak dan rambut panjang melepasi bahu mengundang prasangka negatif mereka. Jangan tak tahu, memang pelajar ITM tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang, tetapi kreativiti tidak bertempat pelajar-pelajar pada ketika itu dapat menyebunyikan rambut mereka di sebalik rambut palsu dan kopiah semasa mengikuti kuliah.

Langkah diatur menuju ke koc sebelah dengan harapan masih ada tempat duduk kosong di sana. Alhamdulillah, sampai saja di koc sebelah, terpandang empat buah tempat duduk kosong. Tanpa membuang masa, langkah diatur laju dan tempat tersebut menjadi tempat duduk penulis bagi perjalanan 8 jam yang berikutnya hingga ke Pulau Pinang.

Selesai meletakkan beg di atas, gitar kapok pula disandarkan ke dinding keretapi, penulis terpandang kepada seorang gadis melayu di sebelah tempat duduk kanan koc. Yang memisahkan antara kami ialah laluan pejalan kaki ditengah-tengah koc. Gadis tersebut memandang ke arah penulis, lalu satu senyuman penulis lemparkan kepadanya supaya tidak disangka sombong. Senyuman dibalas dengan satu renungan yang menyukarkan penulis mengetahui reaksinya.

Penulis merupakan seorang yang agak berat mulut untuk menegur dan berbicara dengan perempuan. Sehingga ke hari ini, perasaan segan dan berat mulut berbual dengan wanita yang tidak dikenali rapat oleh penulis masih menebal. Mujurlah jodoh sampai juga, itu pun teguran dan perbualan dimulakan oleh isteri penulis semasa sama-sama bekerja lima tahun dahulu. Bagaikan kereta lama yang susah dihidupkan enjinnya, begitulah keadaan penulis dalam memulakan bicara dengan wanita.

Setelah enjin berjaya dihidupkan barulah lancar kereta itu berjalan.

Berbalik kepada cerita sepuluh tahun yang lalu dalam koc keretapi tadi. Setelah dibalas dengan senyuman yang agak mistik itu, penulis pun terus keluarkan walkman, sumbatkan telinga dengan earphone dan terus masuk ke dalam dunia metal yang bercelaru. Baru saja melayan lagu pertama Crazy Train dari Ozzy Osborne, terpandang satu kelibat pergerakan perlahan yang menuju ke arah tempat duduk kosong di sebelah penulis. Letihmengusung beg dari Shah Alam ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur membuatkan penulis terus melelapkan mata. Tiba-tiba terasa seseorang memegang peha penulis seakan-akan mengejutkan penulis dari tidur-tidur ayam penulis.

Bila saja mata dibuka, terpandang wajah gadis melayu tadi duduk bersebelahan penulis. Dia menyatakan bahawa dia ingin duduk di sebelah penulis. Penulis mengangguk saja.

Malam yang panjang pun bermula. Dari perbualan dengan gadis tersebut, penulis mengetahui bahawa dia merupakan seorang pelajar jurusan sains gunaan dari sebuah universiti tempatan. Berasal dari Klang, dan dalam perjalanan menuju ke rumah ibu saudaranya di Pulau Pinang. Menamakan dirinya Rini, entah betul atau tidak nama tersebut, dia menyatakan bahawa dia sedang mengambil cuti penuh menangguhkan pengajiannya selama satu semester bagi menenangkan fikirannya. Untuk tidak menjadi seorang yang penyibuk, penulis tidak bertanyakan kenapa dia menangguhkan pengajiannya.

Rini seorang gadis yang sederhana, tidak bertudung dan ranggi penampilannya. Dia sangat ramah, suka ketawa tetapi adakalanya dia seakan-akan merenung jauh sesuatu di dalam pemikirannya yang tidak dapat diagak oleh penulis. Persepsi pertamanya terhadap penulis ialah seorang kaki lepak dan remaja yang memberontak jiwanya hasil dari pemerhatian yang dilakukan ke atas penampilan selekeh penulis.

Melihatkan penulis yang hanya berselipar buruk, dia bertanyakan penulis tentang hal tersebut. Sebenarnya, selepas menunaikan solat Maghrib di surau stesen keretapi tadi, kasut boot penulis di kebas oleh manusia yang tak berhati perut. Entah siapa hanya Allah saja yang tahu, tapi biarkanlah, di akhirat nanti pasti akan ketemu juga.

Tapi perbuatannya menyusahkan penulis yang sedari tadi telah merancang untuk ke pusat muzik Acoustic di Kompleks Pertama. Tapi dengan kasut yang dikebas dan memakai selipar surau yang dipinjam, niat tersebut dibatalkan. Melihatkan keadaan selipar surau yang bahagian hadapannya dipotong membuatkan Rini tergelak besar. Kemudian terpacul keluar satu dialog dari mulutnya yang membuatkan penulis terkedu sebentar. "Itulah, siapa suruh pergi sembahyang, kan dah hilang kasut…," lain macam bunyinya.

Disebabkan terkedu, penulis memandang ke arahnya tanpa berkata apa-apa. Dia merenung muka penulis. "Kenapa?". Terus penulis menjawab tiada apa-apa. Seakan-akan tahu apa yang menggangu fikiran penulis, dia terus saja bertanya, "Awak percayakan Tuhan?". 'Aduh! Pasal apa la aku naik keretapi hari ni, kan dah kena soalan maut macam ni' bentak penulis dalam hati.

Disebabkan kaget, soalan tersebut dijawab dengan satu soalan pula oleh penulis. "Apsal awak tanya macam tu? Awak orang Islamkan?". Tersenyum dia menjawab, "Saja je…dalam IC memang Islam bang, tapi dalam hati …. entahla.." jawab Rini.

"Kenapa macam tu pulak?" tanya penulis.

"Kalau Tuhan tu ada, kenapa dia berlaku tidak adil dengan saya?" tanya Rini.

'Allahuakbar, apasal la minah ni tanya soalan yang bukan-bukan ni…. ' perasaan tak sedap hati mula menguasai diri penulis. 'Macam mana nak jawab soalan ini. Ya Allah, Tolonglah aku…..'

Lalu penulis dengan kaburnya bertanyakan kembali kepada Rini, "Apa yang dah jadi kat awak? Apa yang tidak adil dilakukan Allah kepada awak?".

"Sejak dari kecil apa saja yang saya doakan tak pernah saya dapat! Selalu saya doakan sesuatu tapi tak pernah dimakbulkan. Sedangkan Allah sendiri suruh kita berdoa dan Dia dah berjanji yang setiap doa pasti akan Dia perkenankan! Tapi apa yang saya dapat cuma masalah bertimpa-timpa! Sampai kekadang saya hampir bunuh diri! Adilkah macam ni?!" marah dia pada penulis.

'Alamak! Mampus aku nak jawab…. Sebelum jawab, baik mengucap dua kalimah. syahadah dahulu, takut-takut keretapi ini terbalik disebabkan mulut minah kat sebelah ni.' Penulis berkata dalam hati.

"Kalau Tuhan tu adil kenapa dia biarkan kasut awak kena curi masa awak pergi mengadap dan menyembah Dia?" tanya Rini bertalu-talu.

Soalan tadi pun belum sempat dijawab, ini ditambah dengan satu lagi soalan maut pula. Layak jadi polis Rini ni. Soalan-soalan maut dihamburkan selaju keretapi berjalan, mengalahkan polis menyoal penjahat.

'Kenapala aku yang ditakdirkan duduk sebelah minah ni. Kenapa tidak mufti Perlis atau Perak saja yang naik keretapi malam ni dan duduk sebelah minah ni? Mati aku nak jawab. Ya Allah, tolong lah…. Hidup aku pun berterabur jugak. Camna nak explain…?' Doa penulis dalam hati.

Dalam keadaan gelabah biawak diasak soalan Rini tadi, tiba-tiba kami disapa oleh seorang tua, berpakaian kemas yang menjual nasi dan buah di dalam keretapi.

"Nak buah anak?", Rini memandang penulis. Dalam poket cuma ada RM 5. Cukup tambang dan beli air untuk sampai rumah. Maklumlah student, tak dapat biasiswa pulak tu. Melihat penulis menyeluk poket dan reaksi wajah penulis yang tersedar duit tak cukup, pak cik tu bertanya.. "Student ke nak?".

"A'ah, err.. student, baru nak balik kampung..?" jawab penulis.

“Belajar kat mana?” tanya pak cik tu lagi.

“Saya dekat Shah Alam, dia ni dekat KL…” jawab penulis.

“Kawan ke?”, pakcik tu bertanya lagi.

“Tak ahh… baru kenal dalam keretapi ni” Rini menyampuk.

“Ohh… kawan baik-baik ye nak…” sambil bercakap pakcik tu mengambil satu beg plastik dan memasukkan 3 biji buah mempelam.

“Nak suka mempelam?” tanya pakcik tu.

Rini mengangguk. Penulis yang ketika itu sengkek buat-buat tak dengar.“Ambil ni, apa yang dalam plastik ni kamu kongsi dua orang ye..” pakcik tu menghulurkan beg plastik berisi buah mempelam tadi.

“Pak cik.. minta maafla,, saya tak cukup duit nak bayar ni, kalau bayar jugak, kena balik jalan kaki nanti lepas turun keretapi…” sampuk penulis pantas.

Rini tergelak kecil melihatkan muka penulis yang gelabah dan menahan malu. Pakcik tu pun tersenyum.

“Ini untuk anak berdua.. makanlah…. Kan anak ni sedang dalam fisabilillah. . ni zakat pakcik untuk anak berdua.. apa yang dalam plastik tu kongsi dua orang ye… semoga Allah membimbing dan memelihara anak berdua setiap masa.. pakcik pergi dulu ya.. Assalamualaikum. .”

“Waalaikum salam warahmatullah. . terima kasih banyak-banyak pakcik..” jawab penulis sambil tersengeh.

“Terima kasih pakcik…” kata Rini pula.

Sambil berlalu pakcik tu lemparkan satu senyuman pada kami berdua.

Alhamdulillah. . rezeki. Buka saja beg plastik tu, terlihat akan tiga biji buah mempelam yang dibalut dengan kertas surat khabar dan wang kertas RM 10 sebanyak tiga keping.Penulis memandang Rini dan kami berbalas pandangan.

“Kita pulangkan duit pak cik ni Rini?” kata penulis.

“Tak yah pulangkan... . kan pakcik tu cakap dia kasi zakat kat kita.. dia ada cakap juga apa yang ada dalam plastik tu kita kongsi dua orang..” balas Rini.

“Betul gak cakap awak..” penulis kemudian bangun dan menjenguk ke belakang koc keretapi. Kelibat pakcik tu tidak kelihatan.

“Ish.. takkan secepat tu dia hilang” rungut penulis.

“Apa?!” tanya Rini.

“Tak da apa..” penulis yang kehairanan menjawab dan terus duduk.

“Nah.. ni untuk awak dan ini untuk saya” kata Rini sambil membahagikan buah mempelam tadi.

“Bak sini duit lima ringgit awak tadi tu.. hehehe.. nah ambil RM 20 ni” duit pemberian pakcik tadi tu dibahagi dua.

“Buah yang satu lagi tu nak buat camna? Macam mana nak bahagi dua?” tanya Rini.

“Ambil sajala kat awak... kat rumah mak saya pun banyak mempelam, balik nanti saya boleh makan lagi..” balas penulis.

“Thanx.. saya memang suka mempelam ni.. masam-masam manis.” Sambil tersengeh Rini mengucapkan terima kasihnya kepada penulis.

“Rezeki dari Allah.. syukur Alhamdulillah” kata penulis.

Tiba-tiba reaksi wajah Rini berubah kembali.

“Awak belum jawab soalan saya tadi kan..?” tanya Rini dengan soalan maut yang sudah pun penulis lupakan tadi.

“Soalan apa Rini?” penulis pura-pura tak ingat.

“Kenapa kita perlu sembah Allah, sedangkan Allah biarkan kita terkapai-kapai dalam dunia ni dengan macam-macam masalah? Kenapa Allah berjanji nak memakbulkan setiap doa yang dipohon tapi tak pernah sekalipun doa tu dimakbulkan?” serta merta soalan bertubi-tubi Rini membuatkan penulis terkedu kembali.

“Relaks Rini.. sabar.. jangan cakap yang bukan-bukan, silap-silap rosak akidah awak nanti.. mengucap Rini.. kita ni kan hamba Allah.. Dia berhak uji kita dengan apa saja cara yang Dia hendak sebab hendak uji keimanan kita..” jawab penulis dengan gelabah menyusun kata supaya tak tersilap

“Kita juga ada hak dengan diri kita.. kita boleh tentukan hala tuju hidup kita sendiri.. nak percaya ke.. nak beriman ke..nak mampos ke... itu pilihan kita.. siapa pun tak boleh nak halang.. diri kita, hidup kita.. kita yang tentukan! Diri ini milik Rini.. apa kena mengena Tuhan dengan hidup Rini? Mana saja Rini nak pergi, Rini yang tentukan. Langkah kaki Rini.. Rini yang tentukan! Faham!!?” Rini mula meninggikan suara.

“Shhh.. perlahan sikit cakap awak tu Rini.. ganggu orang tidur nanti..” penulis cuba menenangkan Rini kembali.

“Maafla.. tapi betulkan apa yang Rini cakap tadi..? Diri kita milik kita sendiri.. Betulkan?” asak Rini lagi.

“Rini.. maafkan saya, jangan marah dengan jawapan saya o.k... sebenarnya awak dah salah faham.. sebenarnya kita ni cuma menumpang jasad yang Allah ciptakan ni.. semua ni hanya pinjaman dan kita dihantar ke sini dengan satu amanah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini sebagai ujian dari Allah?” terang penulis.

“Kenapa pulak macam tu? Kenapa pulak kita diuji? Kenapa tidak makhluk Allah yang lain? Arnab ke.. kucing ke.. tapir ke..? Kenapa kita pulak?” balas Rini membuatkan penulis hampir tergelak.

“Apsal gelak?!” marah Rini.

“Taaaak.. awak sebut arnab ngan tapir tadi.. nak tergelak saya dengar.. bukan saya gelakkan awak la..” balas penulis.

“Sebenarnya macam ni... saya nak tanya awak satu soalan?” tanya penulis.

“Apa dia?” Rini bertanya kembali.

“Apa beza awak dengan binatang-binatang yang awak cakapkan tadi?” serta merta muka Rini berubah mendengar soalan penulis ini.

“Awak samakan saya dengan binatang?!” Rini meninggikan suara kembali dengan marah.

“Shhh.. perlahankan suara awak tu sikit... awak salah faham dengan soalan saya.. maksud saya apa yang membezakan awak, saya dengan binatang-binatang yang awak sebutkan tadi...?” tanya saya membetulkan keadaan.

“Err... errmmm.. kita ada otak tapi binatang-binatang tu tak ada... err.. betulkan?” Rini kembali tenang dan menjawab soalan penulis.

“Salah tu Rini... binatang-binatang tu ada otak... sama macam kita... tapi Allah s.w.t. menganugerahkan manusia dengan akal.. itu yang membezakan kita dengan binatang binatang tu..” jawab penulis yang mula yakin dengan keupayaan menjawab soalan maut Rini.

“Jadi...?” Rini mencelah.

“Jadi... di atas kelebihan inilah Allah s.w.t. mempertanggungjawab kan satu amanah yang amat berat ke atas manusia iaitu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Sebelum dari manusia, tiada makhluk kecuali jin di muka bumi yang dipertanggungjawabk an dengan amanah ini,” terang penulis dengan yakin.

“Err.. tak faham la..” kata Rini.

Aduh... macam mana nak terangkan kat dia lagi.

“Macam nilah Rini... tadi awak cakap yang diri awak, tubuh badan awak, awak yang punya kan?” tanya penulis lagi.

“Betul... memang saya cakap tadi... kenapa?” jawab Rini sambil mengangguk.

“Sebenarnya tidak Rini... tubuh badan awak bukan awak yang punya..” jelas penulis lagi.

“Mana boleh? Saya tak faham la... kenapa pulak tubuh saya bukan saya yang punya?” Rini bertanya kembali.

“Macam ni Rini.. cuba awak genggam tangan awak kemudian buka balik genggaman tangan awak.. boleh... ?” ujar penulis.

Rini pun menggenggam dan membuka kedua-dua tapak tangan kanan dan kirinya beberapa kali sambil mengangguk.

“Bolehkan?” tanya penulis.

“A’ah..” jawab Rini sambil menangangguk lagi.

“Cuba awak gerakkan kaki awak pula? Boleh..?” tanya penulis lagi.

“A’aah.. boleh” jawab Rini.

“Pejam dan buka mata awak..? Boleh..?” tanya penulis lagi.

“Ya.. boleh..” Rini mengangguk.

“Buka mulut awak dan gulung lidah awak.. boleh?” tanya penulis.

“Awak main-main ngan saya ke..?! Apsal suruh saya buat benda-benda bodoh ni?” Rini mula hilang sabar.

“Ish.. sabar la sikit.. kan saya nak buktikan kat awak yang tubuh badan awak bukan awak yang punya..” tegas penulis.

“Tak faham la..” rungut Rini pula.

“Ok.. sekarang saya nak minta awak pegang dada awak? Boleh..?” ujar penulis.

“Awak jangan suruh saya buat benda tak senonoh kat sini!” marah Rini.

“Apa la awak ni Rini.. saya suruh pegang dada awak bukan yang itu..” jawab penulis memperbetulkan tanggapan Rini.

“Ooooo.... sorry... Pegang dada nak buat apa?” tanya Rini sambil tersengeh.

“Ok.. sekarang awak dapat rasa jantung awak berdenyut tak..?” tanya penulis.

“Rasa... kenapa?” tanya Rini kehairanan.

“Ok.. sekarang saya nak awak hentikan denyutan jantung awak selama 10 minit, kemudian awak kasi dia jalan balik macam biasa” kata penulis kepada Rini.

“Awak gila ke? Mana boleh buat camtu?” Rini mula kehairanan.

“Itu la... kan saya dah cakap tadi.. tubuh badan awak tu bukan awak yang punya.. kalau tubuh badan tu kita yang punya, kita berkuasa untuk buat apa-apa bentuk perubahan kat anggota badan kita tanpa masalah...” terang penulis.

“Macam tu la juga dengan organ-organ badan kita yang lain.. buah pinggang, hempedu, paru-paru, usus dan berbillion sel dalam tubuh kita, kita tak pernah satu saat sekalipun mengawalnya. .” terang penulis lagi.

“Kita tak pernah pedulikan proses rumit yang berlaku dalam badan kita sebab memang kita yakin yang semuanya akan bergerak dengan sendirinya secara automatik sampai kita tua... betulkan cakap saya.? Awak kan dari bidang sains... tentu awak tahu semua perkara ni kan..?” giliran penulis pula mengasak Rini.

“Errr... Betul...” Rini menjawab sambil menundukkan pandangannya.

“Badan kita ni umpama sebuah kereta yang mana roh kita merupakan pemandunya..

Kereta yang kita pandu, dibina juruteranya dengan baik sekali.. sebagai pemandu, kita tak pernah mengambil tahu macam mana enjin kereta tu berfungsi semasa bergerak, macam mana minyak dibakar dalam piston dan macam mana aircondnya berfungsikan?” asak penulis lagi.

Rini hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.

“Kita cuma diajarkan cara memandunya dengan mengawal stereng , gear dan brek. Itu sudah cukup untuk buat kereta tu bergerak ke mana-mana destinasi yang kita nak pergi. Sama juga dengan badan kita, kita cuma mengawal pegerakan tubuh ni.. tapi organ-organ yang menghidupkannya tak pernah kita ambil tahu. Bukan setakat tak pernah ambil tahu, tengok jantung sendiri pun tak pernah. Awak pernah tengok jantung awak?” tanya penulis.

“Heheh.. awak ni gila ke..? Ingat saya ni transparent ke? Mana pernah tengok?” jawab Rini tersenyum pula.

“Sama macam kereta tadi la... kereta tu ada jurutera yang membinanya. Badan kita juga ada ‘jurutera’ yang membinanya.. bezanya badan kita dan seluruh alam ni dibina oleh ‘Jurutera’ yang paling Agung, Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pencipta, yang menciptakan awak dengan saya..kita cuma dapat mengawal tak sampai lima peratus dari tubuh badan kita... yang selebihnya berfungsi secara automatik sepertimana yang ditetapkan oleh Allah... awak fahamkan?” tanya penulis dengan harapan Rini akan faham. Rini, dia tidak menjawab, sebaliknya kembali menundukkan pandangannya.

“Sedang awak duduk sekarang pun jantung, buah pinggang, paru-paru dan semua organ badan awak tengah berfungsi... Ada awak kawal semua tu? Semua tu Rahmat Allah kepada kita Rini? Cuba bayangkan.. macam mana nak hidup kalau sibuk dengan organorgan badan yang kita kena kawal sendiri? Allah dah permudahkan semuanya bagi awak dan saya.. itu pun jarang kita bersyukur kat Dia.. satu perkara saja yang Dia suruh kita buat mengaku Dia Tuhan kita dan kita kena sembah Dia yang menciptakan kita dan mengaku Nabi Muhammad tu Pesuruh Dia. Itu pun tak boleh ke? Ada Dia pernah hantar bil untuk oksigen yang awak pakai kat awak? Ada Dia pernah minta awak bayar upah penggunaan jantung, buah pinggang dan paru-paru yang dia bagi kat awak?! Ada pernah Dia tarik balik semua tu dari awak sebab awak tak pernah bersyukur dan mengaku Dia Tuhan? Tak pernahkan? Itu tandanya Dia Tuhan yang Maha Penyayang!” tiba-tiba saja

semua ayat yang keluar dari mulut penulis jadi lancar.

Rini hanya tunduk. Diam tanpa sepatah kata. Agak lama juga dia diam, seakan-akan merenung sesuatu ke dalam lubuk masa kehidupannya.

“Rini....awak ok ke?” tanya penulis kembali.

“A’ahh... ok.. awak marah saya ke..?” tanya Rini balik.

“Saya tak marah la... cuma teremosional sikit.. sorry la kalau awak rasa macam saya marah awak, saya minta maaf la..” penulis cuba meredakan keadaan.

“Saya takkan menyembah Tuhan yang saya tak nampak…Buktikan Allah itu ada!”

Keretapi yang dari tadi bergerak lancar dan berhenti-henti sekitar mengambil dan menurunkan penumpang, kini singgah di sebuah stesen. Jam menunjukkan hampir pukul satu pagi. Hampir semua penumpang dalam koc sedang enak melayan tidur masingmasing. Rini yang sedari tadi terdiam tiba-tiba bersuara.

“Awak.. saya lapar la.. jom turun makan sekejap?” ajak Rini.

“Kejap, saya tanya abang tu kejap berapa lama keretapi ni berhenti kat sini?” terus penulis bangun dan mendekati pegawai yang memeriksa tiket keretapi tadi untuk

bertanya.

“Setengah jam dik.. nanti wisel bunyi keretapi mula bergerak la,” jelas pegawai terbabit.

“Terima kasih bang,” balas penulis.

Terus penulis kembali ke tempat duduk tadi dan tiba-tiba penulis mendapati Rini sudah tiada di sana.

Beg pakaian Rini masih ada di atas tempat simpanan beg.‘Mungkin dia dah turun kot?’ bisik hati penulis.

Penulis pun mengambil keputusan untuk turun dari keretapi. Sampai di bawah, Rini tidak juga kelihatan.

‘Eh.. mana pergi minah ni, entah-entah dah lari kot?’ penulis mula tak sedap hati.

“Nizam!” jerit satu suara perempuan memanggil penulis.

Macam Rini saja suaranya. Penulis pun menoleh ke arah keretapi tadi, jelas nampak Rini sedang melambai ke arah penulis, kemudian dia pun turun dan berjalan ke arah penulis.

“Sorry arr.. saya gi toilet tadi, ramai sangat sampai kena beratur,” Rini cuba menjelaskan kehilangannya tadi.

“Ingatkan awak dah cabut tadi...,” balas penulis.

“Kenapa pulak saya nak cabut.. gila ke awak? Tengah-tengah malam macam ni nak lari gi mana?” kata Rini sambil tergelak.

“Saya melawak la... takkan ambil serius,” balas penulis lagi.

“Tadi awak kata awak laparkan? Jom kita pergi gerai burger tu,” ajak penulis.

Rini mengangguk saja. Dia menuruti langkah penulis ke arah gerai burger tersebut.

“Awak nak makan apa Rini?” tanya penulis.

“Bagi saya burger special ayam satu” jawab Rini.

“Abang bagi saya Burger Special Ayam dua,” penulis membuat pesanan untuk Rini dan penulis.

“Ok dik.. no problem,” abang burger tu dengan semangat mula membuka plastik rotinya.

Leka memerhatikan abang burger tersebut mula menggoreng daging burger tersebut, penulis terpandang kepada bekas mengisi telur yang ada di atas meja dressing burgernya.Lantas penulis pun terus bertanya.“Telur dah basuh ke bang?” tanya penulis.

Tiba-tiba abang burger tu ketawa terbahak-bahak mendengar soalan penulis. Disambut pula dengan ketawa Rini.

‘Hampeh tul.. mesti salah faham ni...otak kuning betul’ bentak penulis dalam hati menahan malu.

“Abang jangan salah faham... maksud saya telur ayam yang abang nak masak kat saya tu dah basuh ke belum?” menahan malu, penulis cuba bertanya dan memperbetulkan keadaan.

“Kenapa pulak kena basuh dik?” Abang burger bertanya balik sambil tersenyum.

“Sebenarnya bang, kalau tak basuh, najis ayam kat bekas telur ayam dan kulit telur tu nanti termasuk dalam makanan pulak. Jadi kalau tak basuh, maknanya burger yang kita makan tu jadi najis sebab terpalit dengan najis ayam. Kalau makan najis, benda yang first sekali effect kat tubuh kita ialah iman. Takut nanti terjejas iman makan benda-benda kotor macam tu,” jelas penulis.

Muka abang burger tu terus berubah. “Minta maaf la dik.. abang tak tahu.. tak apa, abang basuh kejap lagi dik,” kata abang burger tu yang sudah pun berhenti ketawa.

Selepas dari mengangkat roti yang sudah dibakar, abang burger tu pun mula membasuh telur ayam tadi. Alhamdulillah, selamat makanan penulis malam itu.

Setelah siap dan membayar duit, penulis dan Rini menuju ke tempat duduk berhadapan dengan keretapi tadi.

“Kenapa awak particular sangat bab makanan tadi?” tanya Rini.

“Sebenarnya Rini, antara perkara pertama yang jarang kita sedar yang boleh buatkan iman kita tercabut ialah makanan kotor yang kita makan. Tak kiralah makanan tu kotor atau datang dari sumber kotor.” Jelas penulis kepada Rini.

“Saya ingatkan babi je yang tak leh makan?” tanya Rini balik.

“Bukan tu saja Rini, darah, bangkai, najis semua tu kena banned, tak leh makan, sebab merosakkan iman dan merosakkan sifat kemanusiaan seseorang. Kalau iman dah rosak, sifat kemanusiaan dah hilang, tak hairanlah kalau macam-macam kes jenayah yang kekadang tu kalau kita lihat lebih kejam dari sifat binatang boleh jadi. Bab makan ni kena jaga Rini, kalau boleh cari restoran yang owner dia orang Islam, tukang masak dia orang Islam, waiter dia orang Islam, tak kira la bangsa apa sekalipun, janji dia Islam sebab hanya orang Islam saja yang faham batas-batas yang dibolehkan dalam Islam. Kalau yang lain tu, cuma nak kaut keuntungan di sebalik imej halal yang dipaparkan,” terang penulis lagi.

“Betul ke macam tu? Biasa tu selalu kat KL saya tengok orang Islam siap pakai tudung pulak tu makan kat restoran bukan Islam yang ada cop halal. Tak ada masalah pun?”tanya Rini lagi.

“Macam ni la Rini, tak semua yang pakai tudung tu kuat iman dan pengetahuannya. Ramai juga yang pakai tudung ni sekadar fesyen dan ikut-ikutan. Itu la sebab awak boleh nampak sesetengah perempuan tu kalau dia pakai tudung, kekadang perut, pusat, ketiak, dada, leher diorang kita still boleh nampak. Itu maknanya dia tak faham apa hukum pakai tudung tu sendiri dan batas-batas aurat dia sendiri. Diorang bukannya menipu diri sendiri, tapi cuba menipu Allah, tudung sebagai syarat. Cuba awak tengok awek kat bawah lampu ngan pak we dia tu.. nampak?” tanya penulis pula.

“Awak nampak dia pakai tudung kan?’’ tanya penulis lagi.

“Awak nampak rambut dia tak?” tanya penulis menambah.

“Nampak.. lurus terikat cantik.. kenapa?” tanya Rini balik.

“Kan sepatutnya rambut dia tak nampak bila pakai tudung, ini tidak, tudung yang dia pakai jarang sangat sampai nampak rambut kat dalam. Tu nampak tu.. siap nampak seluar dalam lagi.. macam mana tutup aurat macam tu. Macam tu salah Rini, kalau nak tutup, tutup betul-betul, kalau tak nak, tak yah buat. Perbuatan macam ni lebih kurang macam percubaan diorang menipu Allah, tudung sebagai syarat..” jelas penulis.

“Awak mengumpat orang ye...?” Rini mencelah.

“Bukan mengumpat, tapi tunjuk contoh kat awak la..” jawab penulis.

“Pasal makanan kat restoran bukan Islam, saya nak bagi contoh kat awak. Kalau ditakdirkan awak sakit, mahu tak awak pergi kat sorang mamat yang awak kenal yang dia ni bukan doktor, cuma dia pakai pakaian doktor dengan stetoskop tergantung kat leher, menyamar sebagai doktor, daripada pergi berjumpa dengan doktor yang sebenar?” tanya penulis.

“Tentula saya pergi jumpa doktor yang betul... apalah awak ni..” Rini menjawab.

“Ooo.. kenapa dengan kesihatan awak tak boleh kompromi langsung, tapi dengan akidah

dan iman awak boleh buat tak kisah?” tanya penulis balik.

“Saya ni ada iman ngan akidah lagi ke?” tanya Rini seakan-akan perli.

“Awak patut bersyukur lahir sebagai orang Islam dalam keluarga Islam. Bersyukurlah sebab mak dan ayah awak tu orang Islam gak. Orang lain tu, nak dapat hidayah sampai bergadai nyawa, awak tahu tak..?” jelas penulis.

“Mana awak tahu pasal family saya? Mummy ngan daddy tak pernah ambil peduli pun.. Seumur hidup saya, saya tak pernah tengok daddy ngan mummy sembahyang, gi masjid. Diorang pun tak pernah suruh saya sembahyang. Abang saya selalu bawa balik awek dia, mummy ngan daddy tak pernah marah pun.. Saya pergi disko balik mabuk-mabuk pun diorang tak pernah marah. Diorang cakap saya dah besar, pandai-pandai pilih arah hidup sendiri. Awak tu saja yang old fashion sangat!” Rini meninggikan suara kembali.

‘Alamak.. dia buat balik dah,’ hati penulis tersentak kembali.

“Old fashion?” tersenyum penulis mendengar kutukan Rini.

“Sebenarnya Rini, Islam la fesyen paling baru.. awak tak tahu ke..?” tanya penulis cuba membetulkan kenyataan Rini.

“Apsal pulak, nampak kolot, malas, menindas dan ganas ja... malu tau nak ngaku Islam?”

Rini cuba mempertahankan pendapatnya.

“Awak ni sebenarnya dah terpengaruh dengan dakyah media barat la Rini.. sebenarnya budaya mabuk, zina, penindasan ke atas wanita dan namakan apa saja yang nampak buruk tu dah pun berlaku sebelum kedatangan Islam pada zaman jahiliah.. awak tahu kan jahiliah tu apa?” tanya penulis inginkan kepastian.

“Apa awak ingat saya tak sekolah ke? Subjek Pengetahuan Islam saya time SPM dulu saya dapat A 1 tahu tak? Distinction!” kata Rini bangga dengan result SPMnya.

“Kalau macam tu lagi senang saya nak cerita kat awak...,” tambah penulis lagi.

“Islam datang menghapuskan semua budaya songsang dari tanah Arab waktu tu.. dari situlah bermulanya tamadun cemerlang selepas semua sahabat Nabi Muhammad s.a.w. beriman dengan sebenar-benar iman. Bila hidup dah mula teratur dengan Al-Quran, maka tak mustahil kejayaan dapat dicapai. Awak tengok saja berapa lama Empayar Islam maju sedangkan waktu tu di Eropah, diorang masih dalam zaman gelap, hidup macam barbarian, perang sana sini, tiada kemajuan langsung. Diorang ni, mat-mat saleh ni sebenarnya berhutang dengan Islam kerana kemajuan tamadun Islam la yang jadi catalyst.. errr.. pemangkin kepada kemajuan diorang.. awak tahu semua tu kan....? Kan awak dapat distinction dalam Pengetahuan Islam?” tanya penulis.

“Saya tahu la...” jawab Rini sambil menguyah burger yang masih belum habis dimakannya.

“Tahu..? Abis tu kenapa awak cakap kolot tak maju, malas kat Islam?” tanya penulis kembali.

“Awak tengok saja kat orang Islam di sini... boleh awak kata diorang tu rajin, maju dan bijak?” tanya Rini kembali.

“Awak jangan salah faham Rini... ada perbezaan antara Muslim dan Mukmin Rini...

Muslim tu orang Islam macam awak, saya, dan semua orang Islam lain yang awak nampak... tapi target sebenar dalam Islam ialah untuk menjadikan semua Muslim ni Mukmin..” jelas penulis.

“Mukmin tu apa?” tanya Rini.

“Aduh... Rini.. Mukmin tu ... err.. jap..” penulis cuba mengingat kembali hafalan surah Al-Mu’minuun yang diwajibkan hafal masa ambil subjek UIS di Uitm masa semasa semester dua.“Qad aflahal Mu’minuun, al lazina hum fi solatihim khosyi’uun...”

“Eh.. apa awak buat ni....Awak ngah jampi saya ke?” celah Rini.

“Eh diam la kejap.. saya ngah recall balik surah Al Mu’minuun... apa la awak ni.. mana ada jampi..” terganggu ingatan penulis cuba mengingati surah Al-mu’minuun.

“Ah.. ok... macam ni Rini.. Mukmin tu macam yang Allah s.w.t. sebut dalam surah Al Mu’minuun... saya hafal terjemahan ni dalam bahasa Inggeris dulu..tu pun sebab kena paksa ngan ustaz saya dulu la… ok ke awak?” tanya saya kembali.

“No problem En.Nizam..” kata Rini sambil mengangguk.

“Ok macam ni, Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Mu’minuun : “The Believers must (eventually) win through. Those who humble themselves in their prayers. Who avoid vein talk. Who are active in deeds of charity. Who abstain from sex. Except with those joined to them in the marriage bond..”

“Err.. Rini.. saya tak ingat sampai habis la... tapi intipati ayat tu Allah s.w.t. jelas menyatakan yang Mukmin ialah orang-orang yang akan berjaya di akhirat nanti dan ciriciri orang Mukmin ialah mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, yang tak bercakap perkara yang sia-sia, yang suka bersedekah dan membuat amal jariah dan tidak melakukan hubungan seks kecuali dengan mereka yang Allah benarkan iaitu suami atau isteri masing-masing. .” jelas penulis.

“Jadi tak semua Muslim tu Mukmin ya....?” tanya Rini kembali.

“Aa’aah.. tak semua Muslim tu Mukmin tapi semua Mukmin tu Muslim.. fahamkan..?”

tanya penulis kembali.

“Boleh jelaskan?” Rini meminta penjelasan.

“Macam ni Rini... Muslim ialah orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah, mengaku yang Allah s.w.t. itu Tuhan mereka dan tiada Tuhan lain melainkan Dia dan mengaku yang Nabi Muhammad s.a.w. itu Rasulullah, utusan Allah. Orang Islam atau Muslim ini akan menjadi Mukmin bila dia mula mempraktikkan ajaran Islam sepertimana yang terkandung dalam Al-Qur’an dan As Sunnah,” jelas penulis.

“Ok, ok.. saya faham.. tapi tak ada sebut pun minum arak tak boleh jadi mukmin dalam ayat tu?” tanya Rini lagi.

“Rini.. sebenarnya minum arak, makan babi, darah, najis, benda-benda kotor tu semua memang ada dilarang dalam Al-Qur’an. Tapi dalam ayat-ayat dalam surah lain. Minta maaf la.. saya bukan Hafiz Qur’an yang boleh baca secara terus dari hafalan. Tapi kalau ada Tafsir Al-Qur’an kat sini saya boleh tunjukkan kat awak ayat-ayat tu. Tafsir Al-Qur'an saya bawa tapi ada dalam beg saya kat tempat simpan beg atas tempat duduk makcik kat depan tempat duduk kita atas keretapi tadi. Dia tengah tidur la. Time nak naik balik keretapi nanti saya ambilkan, tu pun kalau dia bangun dan tak mengganggu dia tidur la,” jelas penulis.

“Ok ... tak pe la.. saya faham..nantilah awak ambilkan ye.. tapi yang pentingnya saya minum pun saya tak pernah kacau orang tau... saya cuma buat hal saya saja.. itu pun salah ke?” balas Rini.

“Betul ke dengan minum arak tu awak tak kacau orang? Bukan ke masa tengah mabuk tu tingkah laku awak nanti akan berada di luar kawalan minda awak dan masa tu awak akan hilang kewarasan akal? Islam merupakan agama yang paling menitikberatkan kewarasan akal.. tak ada satu amal ibadat dalam Islam boleh dilakukan dengan akal yang tidak waras.. jadi Islam ni agama untuk orang-orang yang berakal.. yang tidak berakal atas sebab cacat tidak dipertanggungjawabk an Islam keatasnya... tapi bagi yang berakal tapi tak mahu menggunakan akal... mungkin Islam itu satu beban kat dia sebab dia tu tak cukup waras untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk...” tambah penulis lagi.

“Awak cakap saya tak waras ke!?” marah Rini pula.

“Kenapa awak marah saya pulak... Boleh awak tunjuk kat saya apa kebaikan yang awak dapat dari minum arak tu?” tanya penulis kembali.

“Saya dapat ketenangan dari situ.. saya dapat lupakan dan hilangkan masalah saya dengan enjoy sambil minum-minum dengan kawan-kawan. .” kata Rini.

“Ahahahaha... .... hah haaa....” penulis tergelak dengar jawapan penuh semangat Rini.

“Kenapa gelak.. nah ambik ni!” marah Rini yang kemudiannya membaling bekas plastik berisi sampah bekas burger yang dimakannya ke arah penulis.

“Eh.. apa ni Rini.. Kotor la!” penulis cuba mengelak. Nasib baik tak kena baju. Sudahlah pakai selipar surau, kalau baju kotor kena bekas burger tadi tu tentu nampak lebih ‘kutu’ penampilan penulis yang sudah sedia selekeh.

“Kenapa awak gelakkan saya tadi!?” marah Rini.

“Jangan la marah.. Cuma kelakar la bila dengar jawapan awak tu..” balas penulis balik.

“Apa yang kelakar!?” Rini mula buat muka menahan marah.

“Jawapan awak tadi tu tak masuk akal langsung la... kan tadi awak cakap awak dapat hilangkan masalah dengan mabuk-mabuk ngan kawan-kawan awak..?” balas penulis.

“Ye la.. semua problem hilang bila mabuk.. semua masalah terus lenyap dan saya pun jadi macam burung yang bebas terbang tanpa masalah... kan satu kebaikan bagi orang yang bermasalah.. ?” dengan yakin Rini berhujah.

“Sebenarnya awak tak faham konsep mabuk tu macam mana..,” balas penulis sambil tersenyum.

“Eh.. mabuk pun ada konsep ke? Kelakarla awak ni..” balas Rini sambil sambil ketawa.

“Saya tak kelakar Rini.. tapi yang kelakarnya awak tak faham apa konsep mabuk tu sendiri. Itu sama dengan gelakkan diri sendiri la lebih kurang. Awak tahu tak, masa awak mabuk tu bukan masalah awak hilang pun, yang hilang cuma kewarasan akal awak sebentar, masalah tu tetap ada kat situ, tak hilang pun, lepas awak sedar dari mabuk nanti, masalah tu datang balik siap bertambah masalah-masalah lain yang awak sendiri pun tak sedar awak dah lakukan masa awak tengah mabuk sebelum tu.. bukannya menyelesaikan masalah pun, tambah masalah lagi ada la... haa.. itula konsep mabuk dalam erti kata sebenar,” hujah penulis mengenai konsep sebenar mabuk kepada Rini.

Rini kembali tunduk. Tak bercakap apa-apa.

“Habis tu nak hilangkan masalah macam mana?” tiba-tiba Rini bertanya.

“Saya ada tengok ada artis-artis sarankan praktik Yoga... diorang cakap boleh hilang masalah dengan buat Yoga beberapa jam sehari... boleh ke macam tu?” tiba-tiba Rini teringatkan Yoga pula.

“Macam ni Rini.. err.. macam mana errr... jap biar saya fikir sekejap..” penulis berfikir sebentar supaya jawapan terbaik dapat diberikan kepada Rini supaya dia tidak keliru dengan jawapan penulis nanti.

“Ok Rini... macam ni... Islam tak melarang sesuatu yang baik.. tak kira perkara baik tu datang dari pihak mana sekalipun selagi perkara baik itu tak menjejaskan akidah dan Tauhid kita kepada Allah s.w.t., sebenarnya Rini, Yoga tu berasal dari praktik meditasi yang diamalkan dalam sejarah perubatan India yang berkait rapat dengan ajaran-ajaran Veda dalam agama Hindu. Selagi Yoga yang dipraktikkan tu tak meletakkan fokus kepada objek-objek sembahan serta mantera-mantera yang boleh merosakkan akidah serta tidak memesomgkan kita dari landasan Islam, maka kita boleh praktikkan benda tu. Tapi ini bukan cara Islam... Bukan cara Islam bila seseorang tu berhadapan masalah, dia akan cari jalan untuk lari dan melupakan masalah itu. Cara Islam ialah, bila apa saja masalah datang, kita harus menghadapinya tak kira seberat mana masalah tu sekalipun. Berhadapan dengan masalah bukan bermaksud menghulurkan leher untuk disembelih oleh masalah tu.. tapi berhadapan dengan
hati yang kuat dan tenang serta bersyukur di atas ujian Allah tersebut dan kemudian bangkit dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.. Setiap manusia yang bernyawa dalam dunia ni pasti akan berhadapan dengan macam-macam masalah.. tak kira samada dia kaya atau miskin, tua atau muda, bodoh atau cerdik, baik atau jahat, cantik atau hodoh, semuanya akan berhadapan dengan masalah. Masalah sebenarnya merupakan paksaan yang Allah kenakan ke atas manusia untuk memajukan diri. Dari masalah la bermulanya progress atau kemajuan. Yang membezakan kita semua ialah cara kita mengatasi masalah,” jelas penulis.

"Kenapa pula Tuhan bagi masalah kat manusia?" tanya Rini.

"Sebab Allah tahu apa sifat sebenar makhluk ciptaanNya. Manusia ni Rini.. kalau senang dia akan cepat berasa complacent atau bersenang lenang dan malas berusaha. Bila disusahkan diri mereka dengan masalah barulah dia nak bergerak untuk cari jalan keluar. Disebabkan masalah la kita dapat naik keretapi malam ni… dulu kalau nak bergerak beramai-ramai sejauh perjalanan kita malam ni mungkin akan ambil masa sampai dua tiga bulan berjalan kaki. Jadi ini semua merupakan masalah kepada orang-orang di zaman dulu. Kemudian bagi orang-orang zaman dulu yang terlalu complacent dan malas berusaha dan cuba buat tak tahu dengan masalah yang dihadapi untuk perjalanan sebegini, dia tak akan dapat apa-apa melainkan terus mendapat susah dan menyusahkan orang lain. Dengan bertafakur dan melupakan masalah tersebut, masalah tu tetap ada dan tak akan hilang. Bagi yang ingin bangun menghadapi masalah, dia akan berusaha untuk memperbaiki dan membina sesuatu untuk mempermudahkan
dirinya dan orang-orang sekelilingnya. Hasilnya tercipta la kereta, keretapi, kapal terbang dan macam-macam kenderaan lagi bagi menghilangkan masalah untuk bergerak. Kan masalah tadi dah memudahkan jutaan manusia yang lain? Jadi masalah yang dihumbankan ke atas manusia ni merupakan satu paksaan supaya manusia itu progress , memajukan diri, supaya keluar dari kesusahan dan kelembapan kepada kesenangan. Sebab tu la Allah sebut dalam Al-Quran : Carilah kejayaan dengan jalan Solat dan Sabar. Rini… Solat tu membentuk disiplin dan memperbaiki hubungan dengan Pemilik seluruh alam ni, rezeki tu semuanya pemberian Dia. Sabar tu pula memberikan satu daya tahan kepada manusia supaya tidak cepat berputus asa… mana ada orang berjaya dengan sekali cuba? Kalau awak mencuba dan jatuh pada halangan pertama dan terus tak bangun lagi sebab berputus asa, awak pasti takkan berjaya…" penulis berhujah.

"Sebab..?" tanya Rini kembali.

"Sebab elemen sabar dalam formula kejayaan tu tak ada…" jawab penulis.

Rini mengangguk seakan faham.

“Sebenarnya Rini.. masalah itu sebenarnya satu cabaran kepada kita untuk mengatasinya. . semua masalah itu kalau awak faham dan pandang dari sudut positif, ianya merupakan satu paksaan kepada diri kita untuk mencari jalan keluar seterusnya meningkatkan diri kita ke satu tahap tinggi lagi..” tambah penulis.

“Contohnya lagi..?” tanya Rini.

“Ok... contoh macam seorang yang banyak hutang... setiap hari dia diasak oleh pihak bank, ceti, along dan pemberi hutang. Kalau dia seorang yang tak pandai menggunakan akalnya.. tentu selama-lamanya dia akan terperangkap dalam dunia hutang dia yang semakin hari semakin bertambah disebabkan bunga yang dikenakan tinggi. Kalau awak dalam keadaan macam tu, apa yang awak nak buat...? Setiap detik dan masa sangat bernilai kalau dalam situasi demikian? Tentu Yoga pada waktu sebegini tak dapat membantu kan? Cara Islam ialah berhadapan dengan masalah itu dengan menerima realiti keadaannya, seterusnya meminta terus bantuan kepada Allah agar ditunjukkan jalan untuk keluar dari masalah tersebut dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan diri dari hutang dengan mencari jalan untuk menambah sumber kewangan,” jelas penulis.

“Kalau diberikan awak pilihan, antara dua cara bagi awak menenangkan perasaan dan menghilangkan serabut di otak, yang mana satu antara dua ini yang awak pilih? Yang pertama... dapat dilakukan dalam lima minit saja, kemudian awak dapat ketenangan fikiran, dapat melihat jalan keluar dan usaha yang perlu awak lakukan untuk mengatasi masalah dan kemudiannya akan berjaya mengatasi masalah tersebut... ok.. yang kedua pula... caranya awak kena bertafakur selama beberapa jam, melupakan masalah tersebut, mengosongkan minda dan setelah mencapai ketenangan minda tersebut, masalah itu akan datang balik kerana awak tidak pernah cuba menyelesaikannya. .. jadi mana satu yang awak pilih Rini?” tanya penulis setelah panjang lebar memberi penjelasan dan bandingan.

“Tentula yang pertama tadi... kan lebih efektif..” lantas Rini menjawab.

“Haa.. pandai pun.. lagi pun Rini kalau awak nak tahu, dalam kehidupan seorang manusia ada tiga perkara yang sangat berharga.
Yang pertama ialah mengenal Pencipta, yang kedua ialah keluarga dan yang ketiga ialah masa.
Yang pertama tu ialah Allah... Dia Kekal selama-lamanya dan Dia tetap yang Maha Agung tak kira samada awak beriman padaNya atau pun tidak. Dialah tempat semua makhluk bergantung dan Dia sentiasa ada bila-bila masa saja pun awak perlukanNya. Dia akan sentiasa bersama awak.
Yang kedua ialah keluarga kerana keluargalah tempat awak bergantung dan mendapatkan sokongan.
Yang ketiga pula ialah sesuatu yang paling kejam. Masa..., dia tak pernah pedulikan awak, samada awak bersedia atau pun tidak, dia tetap akan berlalu. Samada awak bermasalah atau tidak, dia tetap juga akan berlalu dan dia tak akan kembali kepada awak.Satu saat yang berlalu tadi takkan kembali semula kepada awak. Jadi masa merupakan salah satu elemen yang sangat berharga dalam hidup manusia. Jadi, kalau awak faham tentang kejamnya masa, tentulah awak tak akan menghabiskan masa dengan tak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah yang awak hadapi,” jelas penulis dengan lebih mendalam.

“Sebab tu lah setiap waktu sembahyang dalam Islam tidak pernah lebih dari lima minit masa yang diperlukan untuk melaksanakannya. Sebab tu lah Islam ni agama untuk orang yang berakal dan semua yang ada dalam Islam ni rasional dan bertepatan dengan kehidupan manusia. Cuba awak fikir kalau awak ni tengah serabut dengan masalah, nak pergi jumpa tuhan nak mengadu masalah awak, awak kena sediakan macam-macam benda, buah lah, colok la, bunga la dan kena lakukan macam-macam lagi ritual sematamata untuk mengadu masalah awak kepada tuhan tersebut, dan awak kena pergi tempattempat tertentu saja yang boleh awak jumpa tuhan awak, bukankah perkara sebegini lebih menambahkan kekusutan kat pemikiran awak? Tapi Allah bukan macam tu... di mana saja awak nak mengadu pada Dia awak boleh lakukan... tak kira di padang bola, dalam bas, keretapi, atas jalan, dalam rumah, kat masjid, tepi sungai, tengah menyelam dalam laut atau pun kat mana saja tempat yang bersih.. apa yang
perlu awak buat cuma tadah tangan minta doa kat Dia, tak payah la buat apa-apa atau sediakan apa-apa, Dia tak perlukan semua tu, bukan Dia minta kita sediakan makan untuk Dia bahkan Dia la yang bagi kita makan dan semua benda untuk kita.. Cuba awak bayangkan pula yang awak nak jumpa sorang wakil rakyat untuk minta pertolongan… tapi syarat nak jumpa wakil rakyat tu awak kena bawa macam-macam buah, makanan dan minuman untuk dia, lepas awak layan dia baik-baik baru dia nak dengar masalah awak.. itu pun belum tentu lagi dia nak tolong… bukankah ini akan menyusahkan lagi awak yang sudah sedia susah? Tapi untuk berjumpa dengan Allah , awak tak perlu lakukan semua tu, Dia sedia menerima awak dalam keadaan apa awak sekali pun” penulis dengan semakin bersemangat menjelaskan kepada Rini.

“Maafkan saya Nizam... kalau saya cakap benda ni awak jangan marah ok..?” celah Rini dengan niat untuk mengajukan pertanyaan kepada penulis.

Cara Rini menanyakan soalan ini membuatkan penulis merasakan tidak sedap badan. Macam nak keluar soalan maut lagi ni.

“Nizam.. dari tadi awak asyik bercakap pasal Allah tu, Allah ni, Allah Tuhan yang kita kena sembah dan macam-macam lagi.... awak suruh saya sembahyang.. . tapi saya takkan menyembah Tuhan yang saya tak nampak dan yang saya tak kenal! Buktikan Allah tu ada kat saya! Buktikan sekarang! Kalau awak dapat buktikan, saya mengaku Allah tu Tuhan yang menciptakan saya!” Rini tiba-tiba naik angin.

‘Alamak... dia buat dah...mau kena panah kilat aku ngan dia malam ni...’ terkejut penulis mendengar soalan Rini ini. Pada sangkaan penulis dia sudah mula faham mengenai Islam

Tapi pandang penulis tersebut meleset sama sekali.

“Boleh buktikan!?” tanya Rini lagi mendesak.

"Eh.. Nizam! Dengar tak soalan saya tadi? Yang awak pandang ke langit tu apa hal!?"

Rini tak senang dengan penulis yang berdiam sebentar dan memandang ke langit.

"Jap la… saya pandang ke langit tengok kalau ada tanda nak hujan ke awan tebal ke apa….?" Jawab penulis.

"Apa kena mengena hujan dengan soalan saya tadi?" tanya Rini pula.

"Ya la… bukannya apa.. saya takut tiba-tiba saja kena panah kilat pasal soalan awak?" jawab penulis.

"Perli saya ke..? Nak jawab ke tak nak!?" desak Rini lagi.

"Saya tak perli awak la… InsyaAllah saya akan jawab soalan awak tu…" jelas penulis sambil mencari-cari jawapan terbaik untuk diberikan kepada Rini.

Ingin tahu kisah selanjutnya dan jawapan-jawapan yang diberikan?

Klik Sini
Attachment(s) from Hizamri Johari
2 of 2 File(s)
Ustaz
Ustaz
Back to top
Reply to sender | Reply to group | Reply via web post
Messages in this topic (1)

Friday, March 12, 2010

Padang SEMASA

Kenangan yang paling banyak dan manis semasa saya di SEMASA ialah bersama dengan padang SEMASA. Boleh katakan banyak aktiviti saya adalah di padang SEMASA. Dengan P@P PJK nya dengan latihan olahraganya, latihan takrawnya, bolanya, bola balingnya dan aktiviti PRSnya.

Bahkan kalau pasal melakukan program yang melibatkan padang saya lah yang bahagian padangnya. Cop...

Thursday, January 7, 2010

Johan Inovasi Sains Perak


Antara kenangan yang manis di SEMASA ialah menjadi Johan Inovasi Sains peringkat negeri Perak. Kemenangan ini dikongsi bersama dengan Cikgu Khairul Azman bin Arshad dan 3 orang pelajar Fit, Amyliana dan Yati (adik ipar). Tulis perkataan adik ipar tu bukan kroni. Ceritanya begini. Cikgu Azman beri idea dan saya nampak idea tu mudah dan boleh diketengahkan. Maka tugas saya yang berikut ialah mencari pelajar yang akan membantu dan berkebolehan untuk membawa misi inovasi itu.


Saya pergi ke kelas aliran sains dan offer para pelajar siapa yang berminat nak menjadi delegasi inovasi sains mewakili SEMASA. Tiada yang angkat tangan kecuali 3 orang tu la. Ia itu adik ipar saya Norhayati Mohamed Rawi , Amyliana Abu Hassan(orang Sayong Lembah adik Boy) dan Nor Fitria (orang Bendang Kering). Terus saya mengajak mereka berjumpa cara rengkas dan memberi taklimatkan apa yang perlu dibuat.

Idea kami ialah Racun Serangga Mesra Alam. Bahan yang kami guna amat simple hanya daun serai wangi dan bawang putihn yang kami blenderkan dan kami campurkan mengikut sukatan kami. Bahan itu apabila kami semburkan pada serangga, ia takkan mati tapi serangga itu akan melarikan diri. Tu yang mesranya tu dan kami pun tak merbahaya mencium racun serangga itu.

Kami berlatih melakukan persembahan itu berkali kali dan setelah agak puas hati saya panggil pula guru-guru yang ada masa lapang bagi segala soalan provok merekad dalam bentuk mereka sedang buat pameran. Tapi yang gelaknya tahun itu di Kuala Kangsar tiada pertandingan itu dan inovasi yang kami hantar kertas kerja nya menyebabkan kami dipilih terus ke Taiping bertanding di Sekolah Sains dekat Zoo Taiping tu.

Agaknya dengan sebab idea tu simple tapi okey didokongi pula oleh para pelajanya yang manis-menawan, Insyallah kami menjadi Johan dan layak mewakili Perak pergi bertanding peringkat kebangsaan di SM Teknik , Sungai Petani Kedah.

Sunday, December 27, 2009

PRS SEMASA


Sebut PRS SMK Sayong tentu berderau darah saya. Tetapi bukan berderau kerana marah, saya berderau nkerana banyak sangat sejarah saya dengan PRS di SEMASA.Sejarah bermula apabila saya dipanggil kursus oelh pehak JPN Perak di Teluk Batik Lumut Perak. Saya didedahkan dengan kursus itu dan berazam apabila balik ke sekolah nanti saya akan membangunkan PRS SEMASA.

Yang menariknya kursus itu dikendalikan oleh guru saya semasa saya belajar di SEMASA tahun 1976 dan 1977. Cikgu Sabudin berambut kerinting dan semasa beliau memberi kursus beliau berkhidmat Di IAB Genting. Yang menariknya dia masih ingat nama saya yang sebenar bukan nama Ok tu. Sebenarnya saya seronok dengan beliau semasa berkursus. Semasa berkursus ada satu LDK saya dipanggil dan diberi peranan keluar dari main stream. Saya rasa peranan itu menyedarkan saya bahawa saya memang ada kelebihan itu, TQ cikgu.

Idea itu saya bawak ke sekolah mana yang saya mengajar. Dan idea terbaik saya ialah LDK mkengenai gajah. Akan tetapi gebnerasi awal PRS tak ade le dapat mendengar LDK Gajah tu. Saya berkursus PRS pada tahun 1991 dan pada tahun 1992 saya terus on latihan PRS dengan memilih seramai 15 orang PRS yang seboleh bolehnya saya pilih lelaki dan perempuan dalam nisbah yang sama. Seminggu sekali mesti buat perjumpaan dan paling kurang mesti 2 minggu. Anak sulung PRS ialah Hasbullah, Asmadi, Shariman Roseidawati, Rossidawati, Fatimah Tun, Hazami, Anak Cikgu Rahimah, Azita, Hanita (nanti saya masukkan nama dah lupa le pulak, jangan marah ye dah 19 tahun dah weh).

Hujung tahun saya bagi kursusn 3H2M di sekolah sahaja yang antara programnya Qimullail, Recall, LDK-LDK. Yang menariknya hanya saya seorang menjaga 15 orang. Sekadar tak nak menyusahkan guru lain tu saja.Mereka amat berminat dengan aktiviti itu dan mereka sering mengajal Qiamullail , bahkan setiapo tahun mereka mengajak berkhemah walaupun hanya di sekolah. Dulu mana popular handset, jadi dah lost contact banyak antara mereka. Ada le 3 orang yangmasih contact dengan saya bila ada acara perayaan.

Itu kesah anak sulung PRS, kesah yang lelain akan menyusul tak lama lagi. Bahkan kesah anak sulung ni pun banyak nak dikesahkan. Almaklum anak sulung.

Sunday, December 20, 2009

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me