BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 11, 2009

Erti kejayaan


Seingat saya, saya amat lambat matang dalam bidang pendidikan. Tambah pula era itu sistem pendidikan masih seperti era lama. Chalk and Talk semestinya. bahkan seingat saya saya tak memerhati sangat tentang lulus tidak atau peratus naik atau turun. Tapi bukan le bermakna saya mngajar memain. Saya faham bahawa mengajar itu satu amanah dari Allah dan saya mengajar sebaik mungkin agar pelajar dapat ilmu nya. Bahkan saya akan pastikan saya akan mengajar datang tepat pada waktunya dan keluar pada waktunya.

Mengajar begitu saya rasa amat berkat, Insyallah kerana ada suatu hadiah jam tangan yang saya dapat dari hasil mengajar tu. Hadiah itu sangat lama tangannya sehingga 12 tahun lebih seingat saya, baru rosak itu pun sebab seseorang yang amat geram kepada saya lantas melempar jam saya tanpa pengetahuan saya. kalau tak tentu jam itu masih ada di tangan saya.

Berbeza era sekarang, saya dapati seolah-olah antar guru itu terpaksa menunjukkan sesuatu yang tinggi keputusannya. menyebabkan guru cuba menonjolkan bahawa dia terbaik, sedangkan keputusan P&P belum tentu lagi. Bahasa lain ikhlas tu tak ada. Sedangkan kita tahu kesan ikhlas tu sangat oenting untuk keberkatan ilmu baik dari guru mahupun dari para pelajar.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me