BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 1, 2009

Sampai sekarang.

Kat SMK RLKT Lasah saya diamanahkan mengajar Matematik dan Bahasa Malaysia. Banyaknya Matematik. Sebab era saya adalah era guru Matematik Melayu mula bercambah. Sebelum itu majoriti subjek kritikal dipegang oleh guru Cina. Walaupun saya Pengajian Melayu/ Matematik, tapi saya lebih berminat kepada Matematik. Jadi kebetulan guru Matematik agak kurang, maka banyak kelas yang saya ajar adalah kelas matematik.

Mula mula saya mengajar, saya agak takut dengan soalan dari para pelajar takut kantoi tak boleh jawab. Tapi Alhamdulillah bila dah lama-lama ni seronok pulak dapat soalan dari para pelajar. Di awalnye juga teringat saya, bila menegur pelajar yang membuat kesalahan dan pelajar itu degil atau melawan. Punya la bengang sampai dalam hati je le, rasa nak terajang budak, darah muda le katakan (tapi tak ade le yang aku terajang masa tu). Kemudian masa nak tido, sesorang ate bujang , bila teringat kaki tetiba menggelinjang terasa macam menerajang budak tu. Istighfar bebanyak saya.

Dalam 2 tahun saya begitu tahun ke 3 saya mula memikirkan. Kalau begini aku, nahu masuk tempat paling bahgia kat Mesia ni (Hospital Bahagia Tanjung Rambutan). Fikir, punya fikir saya ubah dalam gaya saya memarahi pelajar. Bila saya marah, saya marah secukupnya dan saya luahkan rasa hati saya terus terang dana sepuasnya. Kesannya lepas tu saya dah tak simpan rasa nak terajang tu. Tapi bila marah tu pulak tak main le emosi. Marah dengan rasional.Tapi kita manusia biasa, bila ada masanya kita marah melampau juga kan. Tapi yang penting tak simpan lama.

Saya perhatikan guru atau rakan-rakan yang simpan lama biasanya cepat nampak tuanya dan biasanya ada berbagai ragam sakitnya. Tapi guru yang cool biasanya nampak awet muda dan sihat walafiat.Petua awet muda tu. Ada seorang guru tu dia punya marah , sikit-sikit lempang. sikit-sikit lempang. Sampai ke sudah rupa tu, orang Perak maksudkan sampai ke tua rupa tu. Jadi dalam diri guru tu segala penyakit utama ada.Puncaknya dia sakit buah pinggang, bari dia slow sikit.

Muga-muga cikgu kita semua dapat mengatasi perasaan itu. Dan kalau cikgu takut. saya beri satu petua, dan ini sesuai dengan satu kajian. Kajina ini mengatakan guru yang paling popular ialah guru yang garang. Garang bukan yang marah beremosi tapi yang rasional. Wallahuallam.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me