BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 1, 2009

Pengetua yang aku kagumi.

Bertuah aku kerana first posting aku, aku mendapat Pengetua yang mendidik aku menjalakan tugas aku tanpa menekan aku. Beliau juga mempamerkan semangat yang tinggi di samping memberikan contoh sambil membimbing dalam menjalankan tugas beliau. Beliau ialah Cikgu Idris bin Abdul Majid.

Beliau berdiri paling kanan sekali.

Saya tertarik kesah beliau dalam mengajak pekerja beliau menghias pintu gerbang. Beliau bukan sekadar menyuruh akan tetapi beliau sendiri menyinsing sambil bertali leher memanjat pintu gerbang itu dengan tangga le. Membantu pekerjanya dan beliau menggunakan perkatan jom kita buat.

Paling saya suka ialah ketika beliau berucap di dalam perhimpunan. Saya ternanti ucapan beliau. Ini kerana jelas terpancar semangat beliau dalam ucapan beliau. Dengan suara yang lantang dan dibantu dengan gaya sekali walaupun beliau ni berbadan kecil. Kemana beliau pergi sekolah itu jadi menarik dan ceria.


Beliau juga amat berani (maaf cikgu, tak padan kecik kata deme). Beliau pernah menjadi Pengetua di SM Clifford Kuala Kangsar. Di sana keberanian beliau terserlah apabila beliau menampar seorang pelajar Singh. Keberanian beliau bukan kerana tamparannya, akan tetapi kaedah beliau menampar pelajar Singh itu.Beliau ini rendah, akan tetapi Singh tu tinggi. Oleh kerana tidak sampai untuk beliau menampar pelajar Singh itu. Beliau mengambil sebuah kerusi dan berdiri di atas kerusi itu disamping pelajar Singh itu lntas menamparnya. (sebab musababnya saya sudah lupa).

Moga-moga ramai Pengetua yang begini dilahirkan untuk menjadi contoh dan mampu membangunkan semangat para pelajar dan guru.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me