BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 3, 2009

Rumah Bujang


Masa era 80 an tu rumah bujang cuma ada dua aje kat SM RLKT Lasah. Kedoa-duanya ada 3bilik, bermakna ada 6 orang boleh duduk kat situ. Tetapi tu ada sekali sampai 7 orang. Ini kerana ruang tamu juga digunakan sabagai bilik, manakala ruang tamu rumah lagi satu digunakan sebagai ruang TV. Guru bertuah yang menduduki ruang itu ialah Cikgu Zulkifli dari Kelantan yang dikenali oleh para pelajar dengan gelaran Cikgu Wak Sir. Rumah saya berhampiran pagar duduk dengan cikgu Nordin dan Cikgu Ahmad. Manakala rumah lagi satu diduduki oleh Zali, Mohd Shariff dan Pak Din dan Cikgu Nazri.


Banyak kenangan manis di situ. Memasak ,membasuh, mengemas itu dah jadi rutin. Kami jarang ke kedai makan kerana kedai makannya agak jauh le juga iaitu di Lintang atau kalau jemu kami ke Perlop, selalunya kami masak sendiri. Kami bagi group memasak kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri di antara Saya, Cikgu Nazri orang Selangor dan pembantu pejabat Mohd Sharif Muhaiyidin orang Parit Buntar. Group satu lagi pulak antara tukang kebun Pak Din orang Perak (lambat kahwin), Cikgu Nordin N9 mari dan Encik Zali kita pembantu makmal orang Perak. Cikgu Wak Sir kejap je,sebab dah bertunang , jadi terus kahwin je le.


Permainan yang paling penting kat rumah kami chess le. Mula-mula saya kteruk nak mengalahkan deme. jadi saya cari buku tentang chess dan saya pelajari berbagai petua gerak. Akhirnya bermain selepas itu sering mendebarkan. Bila cuti samada mengemas rumah dan gotong royong menebas rumput. Biasanya mesin rumput sekolah le jadi mangsa. Ate dalam kawasan sekolah kan.


Yang menariknya, tiada pergaduhan antara kami sepanjang kami duduk di situ. Cuma perbahasan hangat tu biasa le. Cuma saya teringat, sau hari perbahasan antara saya dengan cikgu Nordin bertambah hangat dan akhirnya oleh kerana geram cikgu Nordin menepis gelas cawan saya minum tu. Tapi saya tidak pulak bertindak balas , cuma saya kata Din, kita berbahas je. Tapi kejap je, esok nye baik le kami.


Sepanjang duduk bersama tu kami berkelah, meronda ke Ipoh, Sungai Siput biasa le. Pergi rombongan semua ikut biasanya. Ragam orang muda. Usik mengusik, gonjak mengonjak. Tapi sayang saya dah lost contact dengan dia orang kecuali Cikgu Nazri dan Enik Razali. Yang lain tak leboh kemana entah.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me