BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 30, 2009

Era Felda


Pelajar pertama yang saya ingat di SM RLKT lasah ialah Rohana binti Mohamed (atau lebih dikenali dengan Mat Dereba). Saya teringatkan beliau sebab denagn tetiba Rohana menghadiahkan sekaki payung kepada saya dan katanya. Cikgu pakailah payung ini agar cikgu tidak hilang comel cikgu(bukan saya cakap dia cakap, agaknya comel aku masa tu : perasan dah). Yang si Rohana ni pun comel juga. Ini pasal saya cerita kat kelas bebawah dia le. Saya bercerita dalam kelas bahawa nama saya Ok. Mereka bertanya bagaimana asalnya nama Ok tu.

Begini: Masa saya kecil saya ni comel beno, jadi orang tetua ada berpesan, kalau comel jangan panggil anak tu comel, panggil dia burok. Jadi ramai le orang panggil burok. Bila dah lama jadi bu....rok,bu......rok. lagi lama dari itu dah makin ringkas bu...ok, bu...ok. Sudahnya bu entah kemana tinggal le ok saje. Yang heran tu kekal pulak nama ok tu sampe sekarang.

Kat kampong sesilap kalau cari nama asal iaiitu Sharipuddin sapah pun tak tau. Tpi kalau panggil ok semua orang kamong tahu.

Berbalik kepada Rohana dan kekawannya. Entah kemana le perginya budak Rohana tu. Tak dengo berita dah. Biasa le orang Felda yang perempuan tentu ikut suaminya kan.Yang lucunya si Rohana tadi bagi saya payung orang perempuan. jadi pasal nak jaga hati bila hujan saya guna le payung perempuan tu. Tapi payung le katakan tak lama hayatnya.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me