BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 19, 2009

Masuk ke SMK Sayong, Kuala Kangsar, Perak


Sebenarnya saya tak le rasa perlu nak pindah. tapi bapa atas keperluan membantu beliau di kampong maka telah menguruskan perpindahan aku dari SMK RLKT Lasah ke SMK Sayong(SEMASA, nama ini cukgu Rahimah Adnan yang beri nama sempena sajak belaiau). Maka pada 1.12.1989 mula aku berpindah ke sekolah baru tapi lama. Pada era itu ada mula masuk ke sekolah pada bulan 12, entah sebab apa saya dah lupa dah. Seingat saya nak mengelakkan banjir pada hujung tahun.

Saya kata baru tapi lama kerana di situlah sekolah sya belajar dari tingkatan dua hingga ke tingkatan tiga tahun 1976dan 1977. Ganjilkan, tingkatan satu kat mana? Tingkatan satu saya bersekolah di SM King Edward VII Taiping. Duduk asrama dan masuk kelas Malay Medium pertama. Tapi masa yang sama emak tinggal sesorang jadi sedih nengok selalu seseorang jadi saya minta balik ke kampung dan bersekolah di SMR Sayong.

Semasa mula masuk kat SEMASA, Pengetuanya ialah Cikgu Hashim bin Mamat, kali terakhir saya bertemu beliau Boss PPD kat Grik dan Hulu Perak. Masuk di situ dan diperkenalkan dengan cikgu Norhayati Arif untuk membantu beliau sebagai Kaunselor tak bertauliah. Saya berulang dari Kampong Buaia ke SEMASA dengan motorsikal dalam perjalanan lebihkurang 12 minit sahaja. Masa tu gaji pun baru lebihkurang RM700 sahaja.

1 comment:

Unknown said...

salam cikgu.terima kasih kerana pernah mengajar saya

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me