BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 24, 2009

3 batang kelapa

Rumah kamijadi tempat bertanggak sempena pertunangan Pak Din. Dalam gambar dari kiri saya, Nordin, Sharif, Nor Adly dan Ustaz Said.
Sesiapa yang lalu dihadapan rumah guru SMK RLKT Lasah yang terletak di hadapan kubur FELDA pasti akan ternampak 3 batang pokok nyior yang lebat buahnya. Terlupa dah tahunnya al;maklumlah lebihkurang dah 20 tahun peristiwa tu. Pokok kelapa tu di tanam oleh 3 orang iaitu saya, cikgu Md Nadzri dan Sharif Mahaidin (kawan lain yang terbaca kalo salah tolong bagi tahu ya).

Yang menyebabkan saya teringat tu pasal bebaru ni saya makan buah nyior tu. Iaitu setelah 20 tahun baru dapat merasa buah nyior tu. Sebabnya salah seorang bapa saudara isteri saya tu rapat dengan salah seorang cikgu yang duduk di situ iaiatu Cikgu Nordin bekas anak murid saya. Handsome cikgu tu dan comel orangnya. Sekarang dengarnya dah jadi usahawan yang berjaya. Begitu lah rezeki kita kan.

Kalau tak salah beberapa gugus serai pun ada kami tanam kat belakang rumah bujang tu (masa tu la). Kot ada ke lagi entah le. kat belakang jadi tidak pernah pula mengintai ke belakang. Dulu terpaksa masak, kedai makanan jauh jadi semua tu terpaksa tanam le, tak le beli. Cabai burung ada je, tapi cagut dek ayam orang kampong aje le. Tanah luas lagi tu, tapi sekarang ni dah banyak rumah guru kat situ. Kalau dulu 2 buiah sahaja bahkan berkembar, sekarang ni dah bertambah banyak, tak le saya kirakan berapa.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me