BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 17, 2009

ABD 7328


Saya suka buat sadin dalam menempuh kehidupan. Pegangan saya selagi tak salah saya akan mencuba buat sesuatu yang baru. Macam membeli makanan le, bila berada di tempat baru yang saya cari ialah makanan yang belum pernah dicuba selagi halal.

Jadi tahun 1985 tu ada sekali masa cuti sekolah saya dengan motorsikal Honda ABD 7328 , pergi ke Sungai Besar, Selangor menghantar buah-buahan . Saya bertolak dari rumah di Kuala Kangsar ke sana pukul 9 pagi dan sampe ke sana petang. Saja bawak pelan-pelan kerana guni saya tu berat juag dengan muatan menia, langsat, manggis, rambutan. Saya rasa saya juga pernah ke Pulau Pinang dengan menaiki motor Honda ABV 6864 semasa kursus Bimbingan dan kaunseling, di USM Pulau Pinang. Pernah bercadang nak naik motor seluruh Mesia tapi tak ada kawan yang berminat, jadi kantoi sampai sekarang.

Bab susah dah tak jadi hal bagi cikgu yang dah biasa susah, anak orang senang juga tapi diajar cara susah, elok juga gitu kan. Sampai ada satu ketika kami (saya dan Cikgu Md Nadzri) di arah menghantar pelajar ke Ipoh kerana mewakili Kuala Kangsar bagi Acara Merentas Desa. Pelajar yang dihantar itu namanya Syed Ali bin Syed Tajuddin Juhan Merentas Desa Daerah Kuala Kangsar bahkan namanya da masih memegang rekod acara apa ya dalam MSSD Olahraga Kuala Kangsar (jarak jauh). kami hanya menghantar dengan pengangkutan awam biasa dari Felda Lasah ke SM Yuk Choy , Ipoh. Begitu juga dalam perjalanan pulang

Pertandingan diadakan di SM Yuk Choy, Ipoh. Semangatnya meyakinkan kami bahawa dia boleh menang. Bahkan dia berkeupayaan speed di jarak terakhir. Sayangnya semasa beliau lari beliau telah dibentes oleh salah seorang peserta dari Batang Padang hingga terjatuh dan luka. kalau tidak beliau sedang menghampiri kelompok yang leading. Menangis dia kerana terasa sangat ketidak adilannya dan tahu kemampuannya boleh menang. Tahun berikutnya beliau telah menang peringkat negeri keran telah mengenalpasti musuhnya dan membuat tindakan berhati-hati. Dia kat mana sekarang entah, lupa dia juga ada kembarnya yang tak seiras.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me