BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 10, 2009

Era tak berkenderaan.



Tu kereta volvo Cikgu Halim masa llawan bola antara kelab guru dengan MCKK.
Bayangkan lah dengan gaji RM 480 diawal perkhidmatan semasa di awal kepimpinan Perdana Menteri Malaysia iaitu Mahathir Mohamad. Guru-guru di era itu tidak mampu mempunyai kenderaan di awal kerjaya guru walaupun guru ijazah. Waktu era itu kereta semacam lambang kemewahan bukan keperluan. Kot ade yang pakai pun masa tu kereta second hand. Anak orang kaya atau yang kahwin orang kaya atau yang kahwin berada orang bekerja juga sahaja mampu membeli kereta. kalau tak motor le kenderaan kami.

Saya mula membeli motor kacai Honda 70 pada awal tahun beberja bernombor ABD 7328 (jangan ambil nombor ekor). Bahkan semasa di sana hanya ada dua motor sahaja di rumah bujang kami, iaitu motor saya dan motor Pak Din RXZ Yamaha. Dan ketika Ustaz Said tinggal sekejap dengan kami juga motor Yamaha RXZ bernombor 113, plet lupa . Itu lah motor yang digunakan untuk keperluan kami bergerak membeli barang-barang. Kalau ke sekolah , dekat sahaja dan kami hanya berjalan kaki sahaja. Cuma pada tahun 1987 baharulah Cikgu Nordin membeli kereta itupun kereta second hand. Kereta itulah yang kami lanyak ke hulu ke hilir.

Belum pun berapa lama saya mengajar dan mempunyai motorsikal saya kemalangan di koner L di Pulau Mentimun berhampiran jambatan. Saya jatuh kerana motor menggelongsor kerana pasir di jalan dan setelah itu dilanggar oleh lori Arwah Syed Kamaruddin orang kampong Tok Bayas. Nasib baik helmet terpakai baik hanya tembok itu dan menyebabkan luka di kepala saya, berjahit le kepala. Kalau tak ada helmet , entah le.

Itulah satu-satu kemalangan yang saya tempuhi setakat ini. Kedepan-kedepan simpang malaikat 44 (boleh tolong jelaskan, saya tak berapa nak faham ni).Yang hairannya sejak kemalangan saya makin berani bawak kenderaan lelaju tapi lebih hati-hati, Insyallah. 10 hari juga saya duduk rumah sahaja.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me