BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 9, 2009

Cerita lompat-lompat


Ini bukan katak nak lompat-lompat, tapi cerita lompat-lompat Sudah lama meninggalkan SMK RLKT Lasah, jadi susunan kesah saya kat sana yang mana saya ingat dulu saya ceritakan. Salah satu kesah yang menjadi ingatan saya bila saya membantu guru disiplin yang hampir menjadi satu tragedi pada saya.

Di sekolah baru sekarang ni ramai benar pelajar berseluar ketat dan mereka perasan mereka mengikut peredaran fesyen terkini. Sebebarnya feseyen mereka ini adalah telah menjelma pada lewat tahun 80 an. Oleh kerana ramai berseluar ketat maka saya menegur beberapa orang pelajar dan memberi amaran. Jika saya nampak pakaian begini lagi saya akan rotan punggung awak. Maka dikesempatan lain bila saya ada mase bertembung dengan kesalahan pelajar tersebut lantas saya mengumpulkan mereka dan saya rotan selepas perhimpunan. Masa itu rotan belum diharamkan (rotan pun haram ya).

Saya rotan semua pelajar, termasuk yang menimbulkan kesah saya. Zul nama pelajar tu, semasa saya merotan beliau telah mengangkat tangannya ke belakang menahan pukulan rotan di punggungnya. Oleh itu tangannya ada kesan merah yang kuat dan tentulah sakitkan. Saya ingatkan hal itu habis di situ. Rupa-rupanya hal itu berlarutan esoknya. ramai glongan bapa datang ke sekolah bertemu Pengetua. Ingatkan setelah dijelaskan oleh Pengetua, perkara itu habis di situ. Pengetua pun tak memanggil saya.

Rerupanya petang itu datang seorang ayah kepada Zuldan abangnya (lupa nama, anak murid juga) gaya nak menyerang saya. Nasib baik bapanya datang ke rumah dan bertanya dulu, tidaklah membabi buta. Saya teringat petua kawan saya, kalau ada orang nak menyerang jemput masuk ke rumah dan sediakan teh. Saya jemput mereka masuk kerumah dan meminta Sharif bantu buat air teh. Dipendekkan cerita saya menjelaskan dengan telus dan meminta beliau merotan saya kalau dia merasakan saya ingin merosakkan anaknya.

Tapi syukur Alhamdulillah, bapak Zul tadi dapat menerimanya dan dia menyalami saya sambil mengucapkan terima kasih kepada saya. Selepas dari peritiwa itu bila bapa Zul itu berjumpa saya beliau akan mengangkat tangan sambil melaung cikgu. Tapi abangnya macam tak puas hati saja nampaknya. Zul tu pulak saya layan macam biasa je. Tak ada pulak rasa dendam kat mereka. Begitulah antara pengalaman saya yang menjadi asam garam kehidupan seorang guru.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me