BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 5, 2009

Bola sepak di SM RLKT Lasah



Gambar pemain yang mengalahkan pasokan MCKK.
Memula saya minat nak melatih bola kat RLKT pasal tertarik tengok Cikgu Amir Sharifudin Wong melatih bola hingga berjaya menjadi Johan Daerah Kuala Kangsar. Rasa era 90 ramai yang kenal Cikgu Amir Sharifudin Wong ni. Beliau terkenal dengan kontroversi sebagai pengadil bolasepak liga Malaysia . Dia cikgu Cina yang memeluk Islam, hensem orangnya. Kali terakhir jumpa dulu makin kurus nampaknya.

Boleh katakan sepanjang 5 taun duduk di RLKT tu saya memegang bola sepak kecuali tahun pertama dan kedua sahaja. Kami olehkerana berda di Sungai Siput maka lawan kami tak lepas dari sekolah STM Aziz. SM Methodist, SM DHA Wahab, SMJK Shing Chung. Era itu sekolah SMDHAW dan SMJKSChung jadi sejolah belasahan kami je. Yang selalu berentap ialah antara SM Methodist dan SM Tok Muda Abdul Aziz.

Jurulatih Tok Muda tu dengar cerita nya nak bersatu dengan seorang guru di sekolah saya sekarang ni. Kalau dah jodoh, teruskan kan, jangan tunggu lama-lama. Balik cerita nbola tadi. Sepanjang mengendalikan bola tu yang paling menarik sekali ialah kami berjaya mengalahkan Kolej Melayu 4 - 2. Mengalahkannya biasa la kan. Tapi yang penting kami mengalahkan Kolej Melayu, dengan gaya pakaian Islamik. Semua pemain saya memakai track bottom, manakala MC masih memakai seluar pendek. Tu yang mahalnya pasokan kami tu. Sayangnya di peringkat separuh akhir semasa bertemu dengan SM Sultan Tajul Ariffin, manong, terdapat masaalah dalaman 2 orang pemain utama kami yang menyebabkan permainan kami tempang dan kalah 2 -1. Kalaulah tiada masalah itu, saya amat berkeyakinan Johan Daerah dalam tangan, Insyallah.

Kesimpulannya pakaian menutup aurat bukan masalah untuk bermain dengan baik. Asalkan latihannya mencukupi. Kesan dari latihan itu setakat yang saya ketahui telah muncul anak murid saya sebagai Jurulatih MSSPahang bahagian Bola Baling. iaitu Osman Ismail.
Anak murid yang mnjadi pemain tu saya temui ramai telah bekerjaya dan bila berjumpa nampak bersemangat tinggi orangnya. nanti saya upload gambarnya.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me