BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 28, 2009

Tahun 88 kot.

Tahun 88 tu saya rasa adalah tahun pencapaian yang memberansangkan bagi saya. Pada tahun itu saya memegang kelas 2 Mutiara. Ketua kelasnya ialah Muhaizam (lupa namanye anak Ketua Balai Polis Lintang masa tu ) dan penolongnya Nor Sarah. Itu le sekali di sekolah itu saya dapa memegang kelas terbaik tingkatan dua. Biasanya dapat kelas last-last. Biasa le cikgu lelaki gemar di beri kelas yang last-last.

Jadi bila memegang kelas itu kebetulan ada banyak pertandingan tahun itu. Dua pertandingan antara kelas yang dilakukan. Yang pertama pertandingan kawad formasi dan yang kedua pertandingan kutipan terbanyak bagi kutipan walkthon anjuran PIBG sekolah.

Kawad formasi dijalankan sebelum Sukan Sekolah, dulu biasa le sukan sekolah dilakukan bulan Mac atau April. Setelah berlatih ditengah padang selama sebulan lebih kurang, tolak le hari cuti . Maka kawad formasi kami berjalan dengan meriah dan seasa kami melakukan kawad formasi, kami mendapat sorakan gemuruh dari semua, dan kami menang mengalahkan semua tingkatan walaupun tingkatan 5 masa tu. Pelajar yang berkawad tu bila berjumpa mestu terkenangkan masa tu.

Kelas 2 Mutiara sanggup pergi merata-rata mencari duit untuk kutipan walkthon tu. Bahkan kami sewa bas dan bergerak ke daerah Kuala Kangsar. Sepanjang Jalan Sayong dan jalan Padang Rengas ke Lubuk Merbau pergi rumah ke rumah. Saya mengikut ke hulu k ehilir bersama mereka. Antara duit kutipan itu saya suruh mereka guna untuk bayar tambang dan duit belanja makan. Jadi tak ada le mereka guna duti poket sendiri, tentu le seronok merekakan. Dan sekali lagi kami memenangi kutipan terbanyak antara kelas, yang saya lupa jumlahnya.

Masa tu bujang boleh melanggas ke sana ke mari bersama para pelajar. Walau pun masa tu tengah bercinta tapi sebab saya bukan jenis berdating. Maka aktiviti itu tiada hal la. Begitulah secebis kenangan bersama pelajar di SMK RLKT Lasah.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me