BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 29, 2009

Perantau awal: SMK RLKT Lasah

Masa menunggu kemana nak posting, amat mendebarkan. Tertanya-tanya dalam hati kemana aku di hantar KPM nanti. Dalam hati, kalau jauh , biar jauh bebenar dan kalau dekat biar dekat bebenar. Alihalih dapat dekat SM (RLKT) Lasah, Sungai Siput (U) ,Prak. Kira dekat benar le tu. Pekan berjiran dengan Kuala Kangsar aje.

Mula le fikirkan nak duduk kat mana. Kemuadian bapa mencadangkan duduk kat rumah sedara yang ada di Felda Lasah. Sebelum bukak sekolah saya, bapak dan emak pergi ke rumah sedara di Felda Lasah iaitu Kak Ha anak Wan Kayah. Bapak mintak le nak menitipkan anaknya kat rumah Kak Ha. Kak Ha dan suaminya arwah Bang Duan tak ada halangan, Alhamduillah.

Mula-mula bertanggak di Felda Lasah kat rumah Kak Ha le. Pada tahun 1985 aku pergi le mula duduk dengan Kak Ha sekeluarga. Dari rumah tu ke sekolah berjalan kaki je. Sebula juga aku duduk kat rumah Kak Ha. Kemudian ada rumah guru dikosongkan (ada 2 buah je masa tu) maka aku memohon le dipindahkan disitu. Bukan tak suka duduk kat situ tapi memang niat asal cuma nak bertapak je. Mula bulan Februari aku mula le duduk bujang kat perantauan.


Geng rumah bujang di SM (RLKT) Lasah

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me