BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 27, 2009

Bermula sebagai ala guru


Semasa saya bekerja sebagai Juruteknik di Syarikat Telekom, tahun 1982, saya mendapat tawaran sebagai Guru Pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),Tanjong Malim,Perak.Tanpa tangguh saya menerimanya kerana memang mahu belajar lagi dan melakukan perubahan dalam diri. Maka terus berhenti notis 24 jam dan membayar sebulan gaji.

Maka saya mula menjejakkan kaki ke MPSI sebagai Guru Pelatih dari pertengahn tahun 1982 hingga 1984.Maka dari situ lekatlah label guru. Sepanjang menjadi Guru Pelatih saya latihan mengajar di 2 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Felda Gedangsa, Ulu Bernam, Sengaor (selama sebulan) dab Sekolah Menengah Sungai Choh,Rawang, Selangor (selama sepenggal -lebihkurang 4 bulan) .

Sekolah itulah bermula pahit manis sebagai Guru Latiahan Mengajar. Tetapi fokus saya ialah bila bermula penempatan yang pertama hinggalah kini.

No comments:

Lagu yang menyedarkan kita.

Labels

About Me