Gostan balik ke SMK RLKT lasah. Semasa balik hari raya ke kampong kat pintu bilik saya ada sarang tebuan kecik aje. Jadi saya biarakan le. Saya balik le berhari raya sakan (bukan kedai Sakan yang popular kat Kuala Kangsar tu).
Dah puas beraya balik le sebab nak mula mengajar kembali. Elok je masok bilik kat bilik tu, nyot satu gigitan tepat kat hujung batang hidung saya. Punya la sakit gigit dek tebuan tu. Nasib baik dengan izin Allah emak bekal satu ilmu penawar sakit. Last sekali karang saya pots kan. Alhamdulillah setelah dijampi lega le sikit. tapi bukan jampi bengkak, jampi sakit je. So, muka punya le bengkak macam bulldog lebihkurang le gaya mukanya.
Esoknya pulak sekolah, sikit le punya segan bayangkan ke sekolah dengan muka macam bulldog. Tapi dah muka nyadin, jadi tak le rasa malu sangat cuma hilang le kehenseman aku (hik hik perasan). Bila pergi sekolah pulak musim raya, pakat le anak murid ajak ke rumah. malam dan petang tu pergi le melayan jemputan para pelajar. dalam keadaan muka bulldog tu. Tapi Alhamdulillah tak le pulak sakit, Insyallah.
yang nak belajo meh sini jumpa aku tapi pengkerasnye sebab dah zaman moden. Saya tak naka ayam golek tapi ganti dengan sekotak besar ayam RFC atau koman-koman KFC. Penawarnya air penapis Zhulian (Beyond). Amacam boleh tak. Ni aku bagi jampinya tapi kena ngadap kata dek orang tua baru mujarab.
Putus kulit temu kulit
Putus daging temu daging
Putus urat temu urat
Putus sendi temu sendi
Putus tulang temu tulang
Rap rap cip cip
Dengan berkat doa Lailahaillallah.
saya mahu dengar juga pandangan ustaz ustazah.
No comments:
Post a Comment